My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 2 September 2015

    SELAMAT TINGGAL TUN M, MUHYIDDIN YASIN DAN ANINA SAADUDIN

    Ketika ramai yang membicarakan penglibatan Tun Dr Mahathir Mohamed dalam perhimpunan haram BERSIH 4.0 baru-baru ini, ramai yang pasti tertungu-tunggu reaksi balas daripada UMNO pusat berhubung isu berkenaan.

    Jika hari ini, seorang ahli wanita UMNO, Anina Saadudin dilaporkan telah dipecat keahliannya berikutan tindakan dangkalnya yang mengheret Presiden UMNO dan UMNO sendiri ke mahkamah atas tuduhan pecah amanah, tindakan keatas Tun M pastinya ditunggu-tunggu dengan penuh minat.

    Manakan tidak, sejak hampir 2 tahun Tun M berterusan menyerang barisan kepimpinan UMNO sehingga tindakan beliau itu melemahkan UMNO dari dalam. Ditambah pula dengan penyertaannya didalam BERSIH 4.0 semua ini pastinya mengundang tindakan disiplin oleh Barisan Tertinggi UMNO.

    Malah perlembagaan UMNO sendiri menggariskan melarang semua ahlinya menyertai sebarang prhimpunan anjuran pembangkang dan ini sekaligus asas kuat bagi Majlis Tertinggi dan Badan Disiplin UMNO untuk mengambil tindakan terhadap beliau.

    Kes yang menimpa Anina pula berlainan daripada apa yang diterima Tun M. Beliau dilihat berani tetapi bodoh apabila membawa kes derma RM 2.6 billion ke mahkamah dan sekaligus menarik Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan UMNO terbabit sama dalam tindakan bodoh beliau.

    Mungkin beliau tidak menyedari bahawa didalam UMNO telah menggariskan bahawa tiada orang lain boleh mengheret parti dan Presidennya ke mahkamah melainkan Setiausaha Agungnya sendiri dan dalam kes ini Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur sahaja yang layak membawa kes ini ke mahkamah.

    Anina Saadudin
    Mungkin terdorong dari ketaksuban beliau terhadap Tun M dan terpengaruh dengan dakyah pembangkang, beliau bertindak menyaman UMNO dan Datuk Seri Najib kononnya tindakan Datuk Seri Najib telah menjatuhkan kredibiliti UMNO dan seterusnya menipu 3.6 juta ahli UMNO.

    Lain pula dengan kes Tan Sri Muhyiddin Yasin. Timbalan Presiden UMNO ini dilihat melawan dalam diam. Jika dihadapan ribuan ahli UMNO, beliau dilihat menyatakan sokongan padu terhadap UMNO dan Presidennya. Akan tetapi jika dibelakang, beliau dilihat sedaya yang mungkin mahu menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib.

    Persoalan untuk beliau, dimana kesetiaan beliau terhadap parti sehingga mendorong beliau bertindak sedemikian? Adakah dendam beliau tersingkir dari jawatan Timbalan Perdana Menteri mendorong beliau bertindak demikian?

    Beliau mungkin tidak sedar bahawa UMNO Bahagian Sungai Besar dengan beraninya mengusulkan penggantungan ahli beliau daripada UMNO sebagai reaksi balas terhadap kenyataan beliau sempena Hari Kemerdekaan Negara baru-baru ini.

    Untuk ketiga-tiga mereka, diucapkan selamat maju jaya dalam arena politik negara dan ternyata tindakan musang berbulu ayam kalian wajar mendapat hukuman setimpal dari UMNO Pusat bagi mendidik ahlinya supaya menghormati perlembagaan parti dan seterusnya institusi kepimpinan tertinggi UMNO.

    Tidak kiralah sebesar mana jasa kalian didalam UMNO, UMNO bukan milik kalian bertiga dan lebih penting, kehilangan 3 orang ini tidak langsung menjejaskan parti secara keseluruhannya.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: SELAMAT TINGGAL TUN M, MUHYIDDIN YASIN DAN ANINA SAADUDIN Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top