My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 14 July 2016

    Dunia Makin Gila, Lelaki Pula Kini Jadi Sasaran Perogol Wanita



    Sebelum ini, hanya kaum wanita sahaja yang menjadi sasaran perogol, namun hari ini, sesuai dengan peredaran zaman, kaum lelaki pula menjadi sasaran perogol wanita yang begitu menginginkan sperma daripada mangsa rogol mereka.

    Inilah yang berlaku di Bulawayo, Zimbabwe apabila seorang lelaki di sini ditimpa malang kerana dipaksa melakukan hubu­ngan seks dengan tiga wanita semata-mata kerana mereka mahu mendapatkan spermanya.

    Pihak polis berkata, ketiga-tiga wanita yang dikatakan sebagai ‘pengumpul sperma’ itu kini giat melakukan perbuatan berkenaan di sekitar bandar Bulawayo, Zimbabwe. Menurut laporan, mereka telah menculik sebelum merogol seorang lelaki ketika mangsa me­nunggu di tepi sebuah lebuh raya di Avenue 6, di bandar ini.

    “Mangsa yang mahu ke Taman Cowdray sebelum itu mahu me­numpang kereta mereka, namun malangnya dia dibawa ke tempat lain,” kata jurucakap Jabatan Polis Bulawayo, Precious Simango.

    Menurutnya, mereka membawa mangsa ke sebuah kawasan terpencil sebelum bertindak merogolnya secara bergilir-gilir. “Salah seorang wanita itu menggunakan kondom, manakala yang lain melakukan perbuatan itu tanpa sebarang perlindungan. Mereka kemudian meninggalkan mangsa di seba­tang jalan raya,” katanya.

    Untuk makluman, kes melibatkan golongan wani­ta merogol lelaki untuk mendapatkan sperma di negara berke­naan bukan perkara baharu kerana berlaku sejak tahun 2011. Pihak berkuasa percaya sperma itu akan digunakan dalam amalan sihir yang dikenali sebagai ‘juju’ atau upacara membawa tuah.

    Juju" dipercayai boleh mendatangkan kekayaan, melariskan perniagaan dan mengelak penjenayah daripada dikesan.

    Diharapkan, kejadian seperti ini tidak merebak dan berlaku di Malaysia sebab orang Malaysia ni mudah sangat terikut dengan budaya luar tanpa memikirkan terlebih dahulu buruk baik perilaku berkenaan...
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 comments:

    Item Reviewed: Dunia Makin Gila, Lelaki Pula Kini Jadi Sasaran Perogol Wanita Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top