My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 18 August 2016

    Balasan Tikam Kekasih 78 Kali


    Perbuatan kejam seorang pengawal keselamatan yang tergamak membunuh kekasihnya sendiri dengan menikam menggunakan pisau sebanyak 78 kali ke tubuh wanita itu di Kepong, Kuala Lumpur pada Disember 2011 berbalas apabila dia dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini semalam. 

    Turut menjatuhi hukuman sama ke atas rakan tertuduh yang bersubahat dalam tragedi ngeri itu sehingga meragut nyawa kerani bank, Rozana Mohd. Yusak, 36.

    Hukuman itu diputuskan Hakim Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim selepas mendapati pihak pembelaan bagi kedua-dua tertuduh iaitu Muhammad Faizul Mohd. Ali, 24, dan Mohd. Zulhaziq Razali, 27, gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pendakwaan pada akhir kes pembelaan.

    “Apabila dipertimbang secara keseluruhan, pihak pembelaan bagi Muhammad Faizul tidak boleh dipakai kerana gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan dan didapati bersalah serta disabit kesalahan.

    “Pihak pembelaan bagi Mohd. Zulhaziq turut gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan dan dibuktikan mengambil peranan dalam pembunuhan itu. Maka, dia didapati bersalah dan turut disabitkan kesalahan,” kata Wan Afrah.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Balasan Tikam Kekasih 78 Kali Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top