My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 24 August 2016

    Dimana Pemuda Dan Puteri UMNO Hari Ini?



    Agak mengejutkan apabila melihat ramai anak muda Melayu yang masih menuntut di IPT dan IPTS tempatan, hari ini sanggup diperkudakan oleh pembangkang. Mereka sanggup melakukan apa sahaja seperti yang diarahkan oleh pembangkang sehingga mereka sanggup untuk turun kejalanan hanya semata-mata mahu menegakkan idealogi dan fitnah pembangkang.

    Tanpa memperdulikan masa depan mereka, mereka seolah-olah mengguunakan kebebasan yang mereka ada untuk menunjukkan sikap melawan dan anarki mereka untuk diperlihatkan kepada orang ramai. Apa yang memalukan adalah, majoriti mereka adalah dikalangan anak Melayu yang berusia diantara 20 hingga 22 tahun dan masih menuntut di IPT dan IPTS di negara ini.

    Dikalangan penyokong pembangkang dan pentaksub Tun Dr Mahathir, tindakan anak muda ini disifatkan sebagai satu menifestasi anak muda dalam menunjukkan solidariti mereka menentang kerajaan yang ada hari ini. Kononnya, kerajaan hari ini begitu korup dan mereka adalah suara anak muda yang menentang sikap korup yang diwar-warkan oleh pembangkang.

    Dalam hal ini, dimanakah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh Pemuda dan Puteri UMNO dalam mendekati golongan ini? Suatu perkara yang harus Pemuda dan Puteri UMNO harus tahu adalah, kelompok 21 hingga 40 tahun adalah kelompok yang paling sedikit menyokong UMNO. Dalam erti kata lain, kelompok umur ini menolak pentadbiran UMNO.

    Fakta ini bukan sengaja diada-adakan kerana ianya merupakan suatu perkara yang benar-benar berlaku. Agak menghairankan, apa tindakan susulan Pemuda dan Puteri UMNO? Adakah mereka hanya membiarkan perkara ini terjadi tanpa perlu melakukan satu tindakan proaktif dalam mendekati golongan ini?

    Sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang tindakan yang benar-benar solid untuk menarik sokongan golongan ini kembali kepada UMNO. Malah, tidak keterlaluan jika kita mengandaikan, langsung tiada usaha untuk Pemuda dan Puteri UMNO mendekati golongan mahasiswa dan mereka yang sudah mempunyai kerjaya.

    Bayangkan, daripada 1.8 juta orang Melayu yang masih belum mendaftarkan diri sebagai pemilih, lebih 1 juta daripadanya adalah golongan belia. Fakta ini cukup membimbangkan kerana masa depan negara bukan ditentukan oleh pemimpin, sebaliknya ditangan pengundi berdaftar. Ini belum lagi melihat keahlian baru UMNO yang disifatkan sebagai tidak bermaya.

    Sepatutnya, sebagai sayap pelapis UMNO, mereka harus bergerak dengan lebih aktif bagi mendekati golongan ini. Benar, di IPT dan IPTS tidak membenarkan sebarang unsur politik mengganggu urusan pelajar-pelajar ini. Namun, banyak cara masih boleh dilakukan oleh Pemuda dan Puteri UMNO bagi mendekati golongan ini.

    Jika mereka secara berterusan dibiarkan hanyut dengan hasutan dan fitnah yang dijaja oleh pembangkang tanpa sebarang usaha dari Pemuda dan Puteri UMNO untuk mendekati mereka, percayalah, UMNO tidak mungkin akan dapat diremajakan seperti yang dimahukan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

    Pemuda dan Puteri harus sedar, kelompok ini bakal meningkat dewasa dan seterusnya bakal menentukan survivor UMNO pada masa akan datang. Kepimpinan UMNO telah menyerahkan tanggungjawab kepada kedua-dua sayap ini untuk mendekati golongan muda bagi membolehkan hayat UMNO kekal terjaga.

    Namun, jika mereka masih kekal dengan imej zumba, berselfie, berwefie, pesta sana sini, hasrat UMNO untuk diremajakan, mungkin akan terkubur. Sudah menjadi sifat anak muda untuk berlibur jika mempunyai kesempatan. Apatah lagi aktiviti atau bentuk hiburan berkenaan disediakan secara percuma.

    Namun dimana kaunter pendaftar pemilih? Dimana relevannya aktiviti hiburan ini untuk menarik golongan belia negara mendekati UMNO? Sewajarnya, sebagai sayap utama parti, mereka boleh pelbagaikan cara untuk mendekati golongan ini.

    Pilihan Raya semakin hampir. Adakah Pemuda dan Puteri UMNO hari ini sudah bersedia membawa gelombang baru untuk golongan ini? Atau mereka masih mengharapkan Datuk Seri Mohd Najib sendiri membuka kaunter keahlian UMNO baru mereka bergerak? Ataupun, mereka hanya memikirkan jawatan seterusnya pada Pemilihan Agung UMNO yang akan datang?

    Jika inilah pemikiran sayap Pemuda dan Puteri UMNO, tidak mustahil, UMNO secara perlahan-lahan akan memasuki usia tuanya tanpa ada pengganti yang mampu menjadi tunggak kepada pemerintahan hari ini. Inilah kegagalan utama sayap Pemuda yang ditadbir oleh Khairy Jamaluddin dan sayap Puteri yang diketuai oleh Datuk Mas Ermieyati Shamsuddin.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dimana Pemuda Dan Puteri UMNO Hari Ini? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top