My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 20 August 2016

    Impak Personaliti Kepada Pemakai


    Teknologi hari ini menyaksikan pesatnya revolusi dalam pakaian sukan. Tiada lagi kemeja-T biasa dan seluar trek membanjiri arena sukan tempatan dan antarabangsa, begitu juga pemakaian sepatu yang sesuai. Bagi yang tidak bergelar atlet, padanan pakaian sukan yang lengkap dan sesuai mula menjadi inti pati penting sebelum bersenam atau melakukan aktiviti fizikal. 

    Rasionalnya, ia membantu melancarkan senaman dan mengurangkan masalah kekangan seperti yang berlaku pada helaian konvensional. Mengetengahkan fungsi dan keselesaan maksimum, koleksi pakaian sukan khususnya sepatu atlet pada era ini juga lebih elegan dan menepati keperluan stail semasa.

    Seperti apa yang dipaparkan Bata menerusi himpunan istimewa Sukan Olimpik Rio 2016, kasut sukan bukan saja perlu berfungsi dengan baik untuk hasil prestasi maksimum malah pada masa sama mencetuskan impak personaliti kepada si pemakainya. Koleksi istimewa yang dikenali sepatu Tiger ini memperlihatkan Bata meraikan kegigihan dan kesungguhan atlet negara di arena sukan dunia itu. 

    “Barisan pereka Bata menyediakan 10 rekaan lalu diserahkan kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. Hasilnya, kasut yang diberi nama Tiger ini dipilih berikutan rekaannya mencerminkan identiti Malaysia.

    “Kasut istimewa ini kemudian diserahkan kepada kontinjen Malaysia ke Olimpik Rio di Brazil. “Selain Jalur Gemilang dan simbol gelung Olimpik, kasut Tiger ini menampilkan jaluran harimau yang sinonim dengan warna pakaian sukan atlet negara,” kata Pengurus Kanan Bata Primavera Sdn Bhd Datuk James Selvaraj.

    Bata tidak ketinggalan menaja kasut kulit yang dipakai atlet dan barisan pegawai untuk upacara pembukaan Sukan Olimpik Rio pada 5 Ogos lalu. Bagi menghangatkan sokongan kepada skuad negara, Bata tampil dengan lapan versi berbeza kasut Tiger ini di majoriti cawangan Bata seluruh Malaysia.

    “Hanya 10,000 pasang dijual di 150 cawangan terpilih. Hingga kini Bata berjaya menjual 1,500 pasang kasut,” tambah James. Dengan mendapatkan kasut Tiger ini pada harga RM99, pembeli berpeluang menerima tuala tangan edisi terhad yang hanya dikeluarkan sebanyak 5,000 unit. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Tiger ini boleh layari laman sesawang www.bata.com.my.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Impak Personaliti Kepada Pemakai Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top