My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 24 August 2016

    Kenyataan Zainuddin Maidin Hanya Syok Sendiri - Chong Sin Woon



    Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin telah menimbulkan perasaan kurang senang dikalangan pemimpin MCA apabila dalam satu kenyataannya menyebut, MCA hanya tinggal tunggu masa sahaja untuk dikebumikan pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

    Beliau mendakwa, prestasi yang ditunjukkan oleh MCA sejak Pilihan Raya Umum ke 12 lalu jelas menampakkan, kaum Cina di negara ini semakin menolak parti ini. Malah, kekuatan mereka sebagai salah sebuah parti komponen dalam Barisan Nasional juga kini boleh dipertikaikan. Ini dikuatkan lagi dengan prestasi yang ditunjukkan pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu yang menyaksikan prestasi MCA jelas menunjukkan penurunan drastik.

    Mengulas tentang perkara ini, Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Senator Chong Sin Woon menempelak kenyataan Zain
    uddin ini. Beliau menyifatkan kenyataan ini sebagai satu kenyataak syok sendiri dan hanya mahu perhatian daripada rakyat.

    Ujar Chong, kenyataan seumpama ini langsung tidak menjejaskan MCA. Sebaliknya, ujar beliau lagi, ianya akan menyebabkan MCA bekerja lebih keras dan melipat gandakan usaha pihak mereka untuk membantu kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya yang akan datang.

    Katanya lagi, MCA telah melalui pelbagai cabaran sejak penubuhan parti berkenaan dan untuk meraih kekuatan seperti dahulu, bukanlah satu tugas yang mudah. Akan tetapi, semua cabaran-cabaran ini gagal untuk melemahkan MCA daripada meneruskan perjuangan politik mereka.

    Beliau menegaskan, MCA sentiasa komited dalam usaha mempertahankan hak-hak Perlembagaan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan bersama-sama semua parti komponen yang lain untuk memajukan negara. Tegsanya, jika MCA menyerah hanya disebabkan beberapa halangan, maka MCA tidak akan kekal hingga sekarang.

    Dua Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah membuktikan bahawa pengundi Cina mahu melihat cara berpolitik yang lebih sederhana. Ini yang dapat dilihat dari kepulangan semula undi kaum Cina terhadap Barisan Nasional sehingga membolehkan calon BN memenangi kedua-dua Pilihan Raya Kecil Parlimen ini dengan majoriti yang agak besar.

    Walau bagaimanapun, ujarnya lagi , MCA tidak akan kekal berpuas hati dengan keputusan ini dan akan terus berjuang untuk mengembalikan kepercayaan kaum Cina terhadap Barisan Nasional. Beliau sedar, mainan politik kotor yang diamalkan oleh pembangkang khususnya DAP yang telah menyebabkan kaum Cina menolak MCA. Namun, dengan iltizam kepimpinan MCA hari ini, semuanya akan dapat diatasi sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kenyataan Zainuddin Maidin Hanya Syok Sendiri - Chong Sin Woon Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top