My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 23 August 2016

    Makin Tinggi Pelajarannya, Makin Terserlah Kebodohannya



    Adalah sesuatu yang sukar untuk difahami apabila melihat begitu ramai anak-anak Melayu terutamanya pelajar-pelajar universiti hari ini, bertukar menjadi hamba pembangkang. Mereka bukan sahaja sudah tidak memperdulikan untung nasib mereka dimasa hadapan, malah mereka juga menunjukkan betapa lemahnya pemikiran pelajar Melayu hari ini.

    Manakan tidak, seawal umur mereka 18 tahun, pemikiran mereka telah ditanah dengan dokrin, kerajaan hari ini bukanlah kerajaan yang baik. Mereka tinggal disekeliling fitnah yang mana tohmahan mengatakan kerajaan hari ini penuh rasuah dan pelbagai isu dijadikan alat untuk pembangkang menanam kebencian terhadap kerajaan kepada pelajar Melayu ini.

    Tidak dinafikan, tidak semua yang terpengaruh dengan dakyah jahat pembangkang ini. Namun bagi pejar Melayu yang termakan hasutan, mereka akan menjadi alat atau kuda tunggangan untuk pembangkang untuk berhimpun di jalanan. Mereka dibekalkan dengan pelekat, sedikit wang saku dan jaminan palsu yang mereka tidak akan ditangkap oleh pihak berkuasa.

    Ini sahaja maruah pelajar Melayu yang taksub kepada pembangkang? Menurut beberapa sumber, pelajar ini hanya diberikan wang saku antara RM 100 hingga RM 200 untuk menjayakan satu-satu perhimpunan. Dengan hanya wang sebanyak ini, mereka sanggup menggadaikan masa depan mereka disaat kaum keluarga begitu mengharapkan kejayaan mereka di menara gading?

    Lebih mendukacitakan, kelompok pelajar ini kesemuanya terdiri dari kalangan orang-orang Melayu. Amat jarang kelihatan, demo yang mereka lakukan ini disertai oleh kaum lain seperti kaum Cina dan India. Kenapa? Jawapannya mudah, kaum lain lebih mengutamakan ilmu dan masa depan dari menyertai atau menganjurkan demo bodoh seumpama ini.

    Kaum lain sedar, sukar untuk mereka menempatkan diri kemana-mana IPT milik kerajaan. Justeru, mereka akan menggunakan segala peluang yang terhidang untuk di manfaatkan sebaik sahaja mereka beroleh keputusan yang cemerlang.

    Bagi anak Melayu pula, dengan segala kemudahan telah disediakan oleh kerajaan termasuk pinjaman PTPTN dan sebagainya, mereka mengambil sikap sambil lewa dalam pelajaran mereka. Mentaliti, "gagal semester ini, semester depan ada lagi" sentiasa diguna pakai oleh anak-anak Melayu ini dan sekaligus mereka tercicir dalam banyak segi.

    Jika mereka mempunyai masalah peribadi sehingga terpaksa menangguhkan semester, perkara ini dapat dimaafkan. Tetapi, jika mempunyai peluang yang cerah untuk menamatkan pengajian dengan keputusan yang cemerlang, tetapi memilih untuk menjadi hamba politik pembangkang dengan berdemo di jalanan, ianya bukan pemikiran pelajar universiti.

    Hari ini, ramai yang mengeluh apabila terpaksa membayar balik pinjaman PTPTN dimana jumlah peminjam yang tertunggak, majoritinya adalah pelajar Melayu. Kenapa boleh jadi begitu? Syarat PTPTN untuk tidak perlu membayar semula pinjaman pelajaran berkenaan adalah memperolehi minimum skor 3.5.

    Namun disebabkan banyak anasir luar seperti sibuk berpolitik sampai pelajaran terabai, mereka terpaksa membayar balik pinjaman dan sekali lagi kerajaan dipersalahkan atas kebodohan diri sendiri. Lihat pelajar kaum Cina dan India. Mereka cukup komited menamatkan pengajian mereka tanpa perlu mencampur adukkan politik, masalah peribadi dengan pelajaran.

    Ini yang dituntut sebenarnya oleh kerajaan. Tidak lama masa yang diambil untuk mendapat segulung ijazah. Jika bersambung dengan pengajian Masters sekalipun, hanya perlu menambah dua tahun setengah sebelum menikmati zaman dewasa. Pada masa itu, jika mahu menyertai politik sekalipun, tiada siapa yang akan melarang.

    Tamatkan pengajian terlebih dahulu sebelum memikirkan untuk menyertai demo atau menjadi hamba politik pembangkang. Renungkan diri dahulu, segala perbelanjaan datangnya dari wang PTPTN atau dari wang saku kedua ibu bapa yang berdoa siang malam untuk melihat anak mereka berjaya. Jika anak mereka menjadi pelacur politik, bukankah itu dikategorikan sebagai anak derhaka?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    2 comments:

    1. Dan makin ramai menteri2 UMNO yg lebih bodoh dari pelaja.. CONTOH :ayam naik harga, jgn mkn ayam... gula naik harga sebab nak kurangkan rakyat kena penyakit kencing manis.. MO 1 adalah Agung, lepas tu mohon maaf bila dah tak boleh nak spin... GST akan turunkan harga barang kata 3.80... jadi SIAPA SEBENARNYA YG BODOH WAHAI BLOGGER ???

      ReplyDelete
    2. Dan makin ramai menteri2 UMNO yg lebih bodoh dari pelaja.. CONTOH :ayam naik harga, jgn mkn ayam... gula naik harga sebab nak kurangkan rakyat kena penyakit kencing manis.. MO 1 adalah Agung, lepas tu mohon maaf bila dah tak boleh nak spin... GST akan turunkan harga barang kata 3.80... jadi SIAPA SEBENARNYA YG BODOH WAHAI BLOGGER ???

      ReplyDelete

    Item Reviewed: Makin Tinggi Pelajarannya, Makin Terserlah Kebodohannya Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top