My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 24 August 2016

    Malaysia Tidak Terjejas


    Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN-Kesatuan Eropah (EU) tidak akan terjejas dengan hasrat United Kingdom (UK) untuk keluar daripada EU (Brexit) kerana ASEAN melakukan perbincangan dengan satu kumpulan bukan satu rantau. 

    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, dua perkara itu adalah berbeza dan rundingan terbabit bebas daripada situasi terkini antara UK dan EU. “Kita melihat persetujuan mengenai perbincangan ini adalah bergantung kepada ASEAN-EU sebagai sebuah kumpulan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Seminar Brexit dan Malaysia: Satu Peluang Baru di sini, semalam.

    Seminar sehari itu dianjurkan dalam usaha untuk memberi kesedaran kepada syarikat di Malaysia mengenai peluang dan cabaran yang bakal dihadapi berikutan hasrat UK untuk keluar daripada EU. Beliau berkata, Brexit bukan sahaja akan memberi peluang kepada Malaysia malah ASEAN untuk meneroka lebih banyak potensi dan perniagaan baru serta mewujudkan kerjasama dengan UK selepas pasca- Brexit kelak.

    Menurutnya, negara akan terus membuka perniagaan dan pelaburan kepada syarikat UK dan dalam masa sama memastikan ia berlaku dalam situasi menang-menang antara kedua pihak. “Saya ingin menegaskan bahawa hubungan bilateral antara Malaysia dan UK akan terus diperkukuhkan dan negara akan terus memanfaatkan setiap peluang yang wujud untuk meluaskan lagi kerjasama perdagangan selepas pasca Brexit,” katanya.

    Sementara itu, UK tidak melihat Brexit menjejaskan perkembangan rundingan perjanjian perdagangan bebas antara ASEAN dan EU serta Malaysia dan EU. Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Vicki Treadell berkata, pihaknya amat menyokong pelaksanaan dua FTA itu dan akan terus memainkan peranan penting dalam memastikan rundingan itu berjaya dimuktamadkan selagi UK masih menjadi negara anggota EU.

    “Kami mahu menyaksikan FTA ini di selesaikan sama ada kami masih lagi berada dalam keanggotaan EU atau tidak kerana ia masih membabitkan perkara sama dan kami akan terus aktif dan mahu menjadi juara dalam FTA dan perjanjian bebas (FT) menjelang pasca Brexit kelak,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Malaysia Tidak Terjejas Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top