My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 18 August 2016

    Mukhriz Hanya "Puppet" Mahathir Dalam Sidang DUN Kedah



    Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah baru sahaja bermula beberapa hari yang lalu. Menarik untuk disaksikan bagaimana bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir duduk berhampiran dengan pembangkang negeri dan bertindak menghentam kerajaan yang kini ditadbir oleh Datuk Seri Ahmad Bashah.

    Seperti dijangkakan, beliau menjadikan kedudukannya kini sebagai modal untuk beliau menghentam kerajaan BN di Kedah. Ketika ADUN dari BN sibuk berbahas tentang ucapan yang dibuat oleh Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Ahli Pemangku DiRaja Kedah, Mukhriz pula berbahas tentang pelbagai idea yang dikemukan untuk negeri Kedah.

    Malah, beliau juga berhujah panjang lebar tentang visi dan perjuangan ayahnya, Tun Dr Mahathir Mohamad didalam Sidang DUN sedangkan sidang berkenaan menjadi medium untuk Ahli Dewan Undangan Negeri yang dilantik oleh rakyat, untuk membawa sebarang isu yang membabitkan rakyat yang diketuai mereka ke Sidang DUN.

    Apa relevannya tindakan Mukhriz ini? Mungkin Mukhriz kurang faham maksud teori dan perlaksanaan. Jika beliau mempunyai idea yang berkesan, kenapa idea berkenaan tidak diterjemahkan semasa beliau masih mendiami Sri Mentalon dahulu? Bukankah beliau mempunyai kuasa untuk menzahirkan segala ideanya untuk memajukan negeri Kedah?

    Lebih menarik lagi, adakah Tun Dr Mahathir kini menjadi ADUN Ayer Hitam dan melantik Mukhriz selaku jurucakapnya di DUN Kedah? Ini kerana,Mukhriz dilihat begitu beriya-iya membawa segala visi dan perjuangan Tun M hari ini dalam usaha Tun M menjatuhkan kerajaan pusat. Dimana nasib penduduk Ayer Hitam yang diketuainya? Adakah prinsip ayahnya jauh lebih penting berbanding penduduk Ayer Hitam?

    Nampaknya, perangai dan sikap pembangkang benar-benar telah meresapi jiwa Mukhriz sehinggakan perjuangan ayahnya jauh lebih penting berbanding membahaskan ucapan Ahli Pemangku RiRaja Negeri Kedah. Malah, ianya jauh lebih penting dari penduduk DUN Ayer Hitam yang diketuainya.

    Justeru, tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa, kedudukan Mukhriz hari ini di negeri Kedah tidak ubah seperti "puppet" yang dikawal selia oleh Tun M bagi mengwar-warkan kepada seluruh negeri Kedah bahawa perjuangan Tun M adalah perjuangan suci yang bertujuan untuk meruntuhkan sistem pentadbiran demokrasi yang diamalkan di negara ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mukhriz Hanya "Puppet" Mahathir Dalam Sidang DUN Kedah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top