My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 22 August 2016

    Namewee Ditahan Polis Di KLIA Sebaik Tiba Dari China


    Penyanyi rap kontroversi, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee telah ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam bagi membantu siasatan berhubung penghasilan klip video terkininya yang dikatakan telah mengaibkan kesucian tempat ibadah di negeri ini. 

    Namewee ditahan sebaik dia dikatakan baru tiba ke negara ini dari China kira-kira pukul 3.30 petang. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya akan membawa Namewee ke Mahkamah George Town hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

    “Dia (Namewee) sebelum ini berada di luar negara dan kita hanya menantikan kepulangannya ke negara ini. Tahanan ke atasnya bagi membantu siasatan berhubung rakaman klip video yang tersebar di laman sosial Facebook dan WhatsApp hujung Julai lalu,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

    Menurutnya, pihak polis telah menerima sebanyak empat laporan polis oleh Pengerusi Masjid Terapung di Tanjung Bungah iaitu salah satu lokasi rakaman dipercayai dilakukan dan tiga badan bukan kerajaan berhubung video klip berkenaan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Namewee Ditahan Polis Di KLIA Sebaik Tiba Dari China Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top