My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 22 August 2016

    Namewee Sepatutnya Sudah Lama Ditahan



    Namewee, individu yang seringkali menimbulkan pelbagai kontroversi terutamanya melibatkan provokasi kaum, akhirnya ditahan oleh sepasukan Polis DiRaja Malaysia sebaik sahaja tiba daripada Taiwan, kelmarin. Penahanan ini ada kaitan dengan satu klip video yang dilihat menghina agama Islam yang diterbitkannya baru-baru ini.

    Dalam perkembangan semasa, Namewee telah dihadapkan ke Mahkamah di Pulau Pinang awal pagi semalam dan pihak PDRM telah berjaya mendapatkan tahanan reman untuk Namewee selama 4 hari.

    Sebenarnya, Namewee sepatutnya sudah lama ditahan dan didakwa atas pelbagai provokasi yang telah dia timbulkan. Bukan sedikit perovokasi yang dia lakukan, pelbagai cara dan perangai dilakukan olehnya sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dari orang ramai yang tersinggung dengan sifat kretif tidak bertempatnya.

    Kontroversi yang dia timbulkan baru-baru ini adalah kemuncak kepada segala provokasi yang dia lakukan. Seolah-olah menjadikan agama Islam sebagai sasarannya, ianya seolah-olah di amempunyai agenda tertentu untuk menimbulkan ketegangan antara kaum dan agama.

    Seperti Alvin Tan, dia dilihat sewenang-wenangnya mempersendakan Melayu dan Islam asalkan konsep kesaksamaan yang diperjuangkan olehnya dan DAP dapat diketengahkan. Jika Alvin berjaya menyusup keluar dari negara ini dan kini menetap di California, Amerika, Namewee pula, sebelum ditahan, bebas bergerak kemana sahaja tanpa sedikitpun bimbang ditahan oleh pihak berkuasa.

    Namun, sepandai mana Namewee mengelakkan diri dari ditahan akibat provokasinya, akhirnya dia kini telah ditahan. Cuma apa yang diharapkan kepada pihak berkuasa adalah, usah sejarah Alvin Tan berlaku terhadap Namewee. Dia sepatutnya didakwa diatas provokasi melampaunya tanpa memberikan peluang untuk dia melepaskan diri.

    Dia seharusnya menerima balasan diatas perbuatannya yang sentiasa mencuba menimbulkan ketegangan antara kaum dan agama. Kawalan keatasnya harus dipertingkatkan lagi sebelum seharah Alvin Tan berulang buat sekian kalinya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Namewee Sepatutnya Sudah Lama Ditahan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top