My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 18 August 2016

    Perkembangan Atlet Malaysia Di Olimpik Rio 2016



    Berita agak menyedihkan hadir dari stadium tertutup Rio apabila pasangan beregu campuran negara, tewas ditangan pasangan beregu Indonesia. Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying terpaksa akur dengan kehebatan Liliyana Natsir dan Tontowi Ahmad dengan keputusan 21-14 dan 21-12 dalam masa 55 minit.

    Dengan tertewasnya Peng Soon dan Liu Ying, harapan negara untuk meraih emas pertama di bumi Rio terpaksa ditangguhkan lagi. Bagi pasangan Liliyana dan Tontowi, inilah emas pertama yang diperolehi oleh Indonesia pada temasya olimpik kali ini.

    Sekalung tahniah buat Peng Soon dan Liu Ying kerana berjaya melangkaui segala ramalan apabila mampu menyumbang pingat perak kedua negara dan pingat ketiga buat kontijen negara.

    Sementara itu,Pemain utama negara, Datuk Lee Chong Wei telah berjaya mara ke separuh akhir semalam apabila mudah menewaskan pemain Taiwan, Chou Tien-Chen dengan keputusan straight set, 21-9, 21-15 di pusingan suku akhir.

    Di peringkat separuh akhir yang dijadualkan bakal berlangsung Jumaat ini, Chong Wei bakal bertemu musuh tradisinya, Lin Dan yang berjaya menewaskan Kidambi Srikanth, 21-6, 11-21, 21-18.

    Bagi atlet tejun negara, Nur Dhabitah Sabri dan Pandalela Rinong, kemaraan mereka untuk beraksi di peringkat separuh akhir acara terjun 10 meter platform wanita awal pagi tadi sememangnya sudah dijangka.

    Mereka mara dalam kelompok 18 terbaik yang akan beraksi hari ini bagi menentukan kemaraan mereka ke peringkat akhir acara berkenaan yang dijangka bakal berlangsung awal pagi Sabtu nanti.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Perkembangan Atlet Malaysia Di Olimpik Rio 2016 Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top