My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 19 August 2016

    PGA Patahkan Cubaan Seludup Masuk 1,030 Rokok



    Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 17 Lahad Datu berjaya menumpaskan cubaan menyeludup masuk sejumlah 1,030 karton rokok jenama Absolute dengan anggaran nilai RM95,275 (termasuk cukai) menerusi satu serbuan yang dijalankan di Ladang Sahabat 56, di sini, petang Selasa. Turut dirampas sebuah kenderaan 4WD jenis Ford bernilai RM30,000 yang digunakan untuk mengangkut rokok berkenaan. 

    Pemangku Pegawai Pemerintah Batalion 17 PGA Lahad Datu DSP Syed Ahmad Tajuddin Syed Mohamed berkata bertindak hasil risikan dan maklumat yang diterima daripada orang awam, sepasukan pegawai dan anggota PGA daripada KOMTEK Sahabat 16, yang sedang menjalankan tugas Ops Taring, telah terlihat kenderaan berkenaan lalu cuba menghampirinya.

    “Semasa menghampiri kenderaan itu, seorang lelaki dipercayai pemandu telah berjaya melarikan diri dan hasil pemeriksaan lanjut pihak kita telah menemui sejumlah 1,030 karton rokok yang disembunyikan di bahagian belakang kenderaan berkenaan.

    “Kesemua rampasan kemudiannya dibawa balik sebelum diserahkan kepada pihak kastam untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya di sini kelmarin.

    Pihaknya percaya rokok-rokok terbabit diseludup ke negeri ini dan menjadikannya sebagai laluan sebelum diseludup keluar ke negara jiran. Dalam kes berasingan, Ahmad Tajuddin turut memberitahu sepasukan pegawai dan anggota daripada Pos Tg Labian turut berjaya menahan seorang lelaki warga asing dan merampas dadah disyaki jenis syabu seberat 3.56 gram.

    Katanya tangkapan itu adalah hasil maklumat daripada orang awam di kawasan ESSCom (ESSZone). Suspek bersama barangan rampasan kemudiannya diserahkan kepada IPD Lahad Datu untuk siasatan dan tindakan lanjut di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PGA Patahkan Cubaan Seludup Masuk 1,030 Rokok Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top