My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 25 August 2016

    Pribumi Tidak Akan Kemana Jika Muhyiddin Menjadi Ketuanya - Khairuddin



    Memang sesuatu yang agak menghairankan apabila orang kuat dan pentaksub utama Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan kini dilihat seperti berpatah arang berkerat rotan dengan Presiden Pribumi, Tan Sri Muhyiddin Yasin. 

    Tidak seperti sebelum ini dimana beliau dilihat cukup aktif dalam semua gerakan Tun M untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib, akhir-akhir ini kelibat beliau amat jarang kelihatan dalam mana-mana majlis yang membabitkan gerakan penentangan Tun M ini.

    Malah, usaha Matthias Chang, kawan baik beliau yang dilihat sentiasa ada dimana-mana, untuk membawa kes 1MDB ke Amerika Syarikat juga tidak kelihatan. Sebaliknya, kelibat Khairuddin kini telah digantukan oleh ADUN Salor, Datuk Husam Musa yang kini dilihat sentiasa ditemani oleh Matthias Chang.

    Lebih mengejutkan apabila beliau secara terbuka menempelak Muhyiddin apabila mendakwa, parti Pribumi yang dipengerusikan oleh Tun M dan Muhyiddin sebagai Presiden, tidak akan kemana-mana, malah mungkin hancur jika Muhyiddin kekal menerajui parti berkenaan sebaik sahaja ianya sah dirasmikan kelak.

    Apa yang sebenarnya telah berlaku kepada pengikut tegar Tun M ini? Menurut perkhabaran, Khairuddin sebenarnya cukup kecewa dengan protem parti berkenaan kerana menggugurkan namanya terus dari senarai protem berkenaan. Menurut sumber, beliau mahukan jawatan Timbalan atau sekurang-kurangnya Naib Presiden parti sebagai imbalan terhadap kesetiaannya kepada Tun M.

    Namun, sebaik sahaja senarai nama dikeluarkan, nama beliau tiada dan lebih membuatkan beliau berang, nama mereka yang bukan menjadi teras kepada perjuangan Tun M seperti Syed Saddique boleh tersenarai. Itulah yang membuatkan Khairuddin benar-benar kecewa dan enggan lagi tunduk kepada Muhyiddin selaku Presiden.

    Nampaknya, belum lagi sah didaftarkan sudah wujud perkelahian mengenai jawatan. Parti ini belum lagi beroperasi malah masih didalam pertimbangan R.O.S lagi. Namun, perebutan jawatan dan perseteruan dalaman telah wujud dimana ianya menunjukkan, masa depan parti itu jelas kelam disebalik slogan retorik mereka yang mengatakan, mereka mampu menumbangkan UMNO pada PRU ke 14 nanti.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pribumi Tidak Akan Kemana Jika Muhyiddin Menjadi Ketuanya - Khairuddin Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top