My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 24 August 2016

    Serangan Ala Koboi Guna Mercedez


    Seorang pemuda cedera parah pada betis kanan selepas terkena tembakan ala koboi yang dilepaskan oleh dua daripada tiga lelaki yang menaiki kereta Mercedes- Benz di sebuah kedai makan di Kampung Bunut Payung di sini semalam. 

    Dalam kejadian pada pukul 2.15 pagi, mangsa berusia 22 tahun sedang minum dengan beberapa orang rakan sebelum sebuah kereta Mercedes-Benz E200 Kompressor berwarna perak dinaiki tiga lelaki memasuki kawasan kedai itu.

    Dua daripada tiga lelaki di dalam kereta itu keluar dari kereta tersebut sebelum mereka melepaskan lebih empat das tembakan rambang dari jarak 10 meter ke arah kedai yang mempunyai 20 pelanggan ketika itu.

    Ketua Polis Kelantan, Datuk Ab. Rahman Ismail berkata, tindakan dua suspek melepaskan tembakan menyebabkan pelanggan kedai terbabit bertempia­ran lari menyelamatkan diri, namun seorang mangsa ce­dera. “Satu tembakan mengenai betis kanan pemuda berusia 22 tahun itu.

    Peluru tersebut menembusi kakinya menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kelantan di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Serangan Ala Koboi Guna Mercedez Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top