My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 23 August 2016

    Suami Isteri Gigit Lengan Polis Ditahan



    Tindakan sepasang suami isteri yang cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis dengan menggigit lengan dua anggota polis mengundang padah apabila kedua-duanya ditahan di Jalan Matang Baru di sini kelmarin. 

    Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, pasangan suami isteri berusia 44 dan 41 tahun itu bertindak agresif terhadap dua anggota polis yang melakukan pemeriksaan ke atas kereta jenis Perodua Kancil yang mereka naiki.

    Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, semasa pemeriksaan dijalankan, kedua-dua suspek dikatakan bertindak liar dan mencabar dua anggota polis yang masing-masing berpangkat Koperal dan Konstabel.

    Menurutnya, pasangan terbabit turut memaki dan mengeluarkan perkataan kesat terhadap kedua-dua anggota polis berkenaan. “Suspek lelaki cuba merampas senjata api daripada anggota polis manakala isterinya membuka baju dan mencabar agar menangkap mereka.

    “Selepas itu, lelaki terbabit bertindak menggigit lengan kiri Konstabel Rasid Harun manakala isterinya pula mengigit lengan kiri Koperal Limsa Zaini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Suami Isteri Gigit Lengan Polis Ditahan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top