My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 18 August 2016

    Tebusan Indonesia Larikan Diri Daripada Abu Sayyaf


    Seorang daripada 10 kelasi warga Indonesia yang dipercayai diculik kumpulan militan Abu Sayyaf melarikan diri semalam, hampir dua bulan selepas dia ditahan, kata pihak tentera.

    Jurucakap tentera, Mejar Filemon Tan berkata, Mohammad Safyan melarikan diri daripada anggota-anggota Abu Sayyaf ketika mereka membawanya ke sebuah kawasan paya bakau di bandar Luuk, Pulau Jolo, 1,000 kilometer ke selatan Manila.

    “Mangsa melarikan diri ketika penculik-penculik itu berkata bahawa mereka akan memenggal kepalanya. Penduduk setempat kemudian menemui lelaki berusia 28 tahun itu terapung dan terperangkap pada jaring ikan di kawasan paya bakau,” jelas Tan.

    Safyan dan enam anak kapal Indonesia lain diculik pada 20 Jun lalu ketika bot mereka dalam perjalanan pulang ke wilayah Kalimatan Timur di Indonesia selepas belayar dari bandar Cagayan de Oro, Filipina.

    Tiga lagi nelayan Indonesia dipercayai diculik kumpulan Abu Sayyaf di selatan Filipina pada pertengahan Julai lalu. Kumpulan Abu Sayyaf yang dipersalahkan berhubung beberapa serangan pengganas di Filipina turut menawan lima rakyat Malaysia, masing-masing seorang warga Norway dan Belanda serta empat rakyat tempatan di Jolo.

    Kumpulan militan itu juga memenggal dua tebusan Kanada pada April dan Jun lalu selepas wang tebusan untuk pembebasan mereka tidak dibayar.

    Sementara itu, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah mengerahkan pihak tentera untuk menumpaskan Abu Sayyaf selain memberi amaran bahawa kumpulan itu boleh menjadi sumber untuk merekrut anggota kumpulan militan Daesh.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tebusan Indonesia Larikan Diri Daripada Abu Sayyaf Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top