My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 24 August 2016

    Ujian Pertama Tanpa 4 Tonggak


    Selepas hampir dua bulan berehat, skuad Harimau Malaysia bakal kembali berkumpul 29 Ogos ini bagi aksi persahabatan antarabangsa menentang Indonesia di Solo pada 6 September. Ini ujian cukup menarik buat anak buah Datuk Ong Kim Swee itu bagi persiapan Piala AFF pada November ini selepas persaraan empat tonggak, kapten Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abd Radzak, S Kunanlan dan Amirulhadi Zainal pada Julai lalu. 

    Melihat kepada situasi itu ditambah dengan kecederaan beberapa pemain seperti Shahrom Kalam dan Christie Jayaseelan manakala Junior Eldstal, Mahali Jasuli dan Khair Jefri Jones masih bergelut dengan prestasi selepas pulih, kemungkinan rombakan besar terpaksa dilakukan oleh Kim Swee.

    Siapakah pemain yang bakal mengisi kekosongan itu hanya akan diketahui apabila senarai 23 atau 25 pemain diumumkan esok.

    Bagaimanapun beberapa pemain yang kemungkinan bakal dipanggil semula selepas diketepikan dalam siri Jelajah Oceania Jun lalu adalah Ronny Harun, Wan Zack Haikal Wan Noor, Matthew Davies dan bekas kapten Harimau Muda A Irfan Fazail.

    Pengalaman kapten Sarawak Ronny di peringkat domestik dan antarabangsa amat diperlukan Kim Swee selepas beliau kehilangan dua tonggak pertahanan tengah Aidil dan Shahrom. Wan Zack Haikal, Davies dan Irfan pula bukan asing dengan Kim Swee ketika mengendalikan Harimau Muda A malah mereka ini dikatakan antara tonggak skuad senior selepas ini.

    Daripada tiga pemain ini, kehadiran Irfan pasti paling mencuri tumpuan jika Kim Swee memberi peluang kepada pemain berusia 25 tahun ini. Pemain tengah ini ‘hilang’ selama 8 bulan akibat kecederaan lutut pada 2014 ketika bersama Johor Darul Ta’zim (Johor DT) dan kini dia berusaha untuk mendapatkan rentak apabila diberi peluang baru dengan Johor DT II.

    Bagi Irfan, dia tidak meletakkan harapan tinggi untuk dipanggil semula bagi aksi antarabangsa dalam tempoh terdekat ini walaupun harapannya untuk mewakili negara bersama skuad senior tidak pernah padam.

    “Sekarang saya berjaya menempatkan diri dalam kesebelasan utama tapi saya perlu berusaha lebih gigih lagi. Tahap untuk beraksi dengan skuad kebangsaan lebih tinggi tapi jika diberi peluang saya akan beri yang terbaik.

    “Memang saya ingin kembali bermain dengan skuad kebangsaan, bertemu kawan-kawan lama pasti lebih bersemangat,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ujian Pertama Tanpa 4 Tonggak Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top