My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 2 September 2016

    Azmin Ingkar Titah Sultan Selangor?



    Sejak Pakatan Harapan mentadbir negeri Selangor, terlalu banyak perkara yang mereka lakukan sehingga adakalanya membebankan rakyat dan lebih teruk lagi ada diantara tindakan mereka meletakkan kaum Melayu di Selangor dalam keadaan yang cukup tertekan.

    Banyak perkara yang boleh diperkatakan tentang sikap dan belang sebenar kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui oleh Datuk Seri Azmin Ali. Sebagai contoh, lihat sahaja tindakan PBT dihampir setiap daerah di Selangor yang bersikap double standard dalam tindakan penguatkuasaan mereka. Hari ini, kebanyakan peniaga kecil-kecilan Melayu terhimpit dengan penguatkuasaan sedangkan peniaga dari kaum Cina seolah-olah kebal dari sebarang tindakan.

    Terbaharu, kerajaan pimpinan Azmin sekali lagi bertindak secara kontroversi dengan cadangan mahu menghapuskan diskaun 10 peratus untuk kaum Bumiputera bagi sebarang pemilikan hartanah. Dalam hal ini, sehingga kini, Azmin masih enggan mengulas berhubung cadangan ini.

    Melihat daripada reaksi orang ramai, ramai yang mempersoalkan apa relevannya kerajaan Selangor mahu menghapuskan keistimewaan yang dinikmati oleh kaum Melayu dan Bumiputera di Selangor sedangkan kerajaan negeri lain kecuali Pulau Pinang, masih mengekalkan koata diskaun bumiputera seperti yang dipersetujui sejak sekian lama.

    Melihat dari tindakan kerajaan Selangor ini, pastinya titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj akan dijadikan sebagai rujukan. Baginda pernah bertitah,

    "Beta amat dukacita kerana ada segelintir orang Melayu Islam sendiri sanggup mempersoalkan hak-hak dan keistimewaan orang-orang Melayu yang telah termaktub dalam Undang-Undang Negara. Perkara itu dilihat telah banyak berlaku dan jika dibiarkan, orang Melayu Islam tidak dapat terus menguasai pemerintahan negara dan kemungkinan akan luput menjadi sejarah"

    Jelas disini bahawa Azmin sendiri selaku Menteri Besar Selangor telah ingkar terhadap titah Kebawah Duli Tuanku. Sewajarnya, selaku orang kepercayaan Duli Tuanku, hak istimewa orang Melayu termasuk dalam isu diskaun pemilikan hartanah, harus dilindungi sesuai dengan status Kebawah Duli Tuanku sebagai Ketua bagi agama Islam dan entiti Kaum Melayu itu sendiri.

    Jika Azmin bersetuju dengan cadangan ini, ianya bukan sahaj menyebabkan ramai dikalangan kaum Melayu akan tersisih dibumi sendiri angkara kesaksamaan kaum yang diperjuangkan DAP, malah Azmin sendiri telah mengkhianati Sultannya yang mahu melihat beliau selaku Menteri Besar menjaga kebajikan kaum Melayu terlebih dahulu sebelum melihat kebajikan bagi kaum lain.

    Bukan mahu menjadikan ianya sebagai isu rasis, namun hakikat sebenarnya, seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Negara, kaum Melayu dan Bumiputera adalah kaum majoriti dimana kaum Melayu mempunyai satu kelebihannya yang tersendiri, iaitu Ketuanan Melayu. Andai Azmin menolak istilah ini, bermakna Azmin juga menolak kewujudan kaum Melayu.

    Secara ironinya, apa yang sedang berlaku di Selangor hari ini hampir sama dengan titah Duli Yang Maha Mulia, Paduka Sultan Selangor. Sebagai Menteri Besar dari kaum Melayu yang beragama Islam, Azmin wajar melihat dan merenung sedalam-dalamnya maksud titah Paduka Tuanku sebelum mengambil tindakan yang akan mendatangkan kemarahan kaum Melayu dan Bumiputera pada masa akan datang.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Azmin Ingkar Titah Sultan Selangor? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top