My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 16 October 2016

    108 Individu Dikepung


    Seramai 108 individu diperiksa pada operasi banteras mat rempit dijalankan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang di Lebuhraya Besraya, berhampiran Plaza Minlon jam 3 pagi semalam. Penunggang motosikal terbabit ditahan selepas polis menutup semua jalan keluar lokasi berkenaan. 

    Pemeriksaan mendapati sebahagian besar daripada mereka tidak mempunyai lesen memandu. Malah beberapa remaja berusia 15 dan 18 tahun yang menunggang motosikal ibu bapa masing-masing untuk merempit memberi alasan bersiar-siar di lokasi berkenaan.

    Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, laluan sepanjang 1.5 kilometer di kedua-dua arah lebuh raya berkenaan menjadi lokasi tumpuan mat rempit berlumba dan melakukan aksi berbahaya. “Lebih 200 anggota dan pegawai IPD Kajang terbabit dalam operasi ini.

    Secara keseluruhan, kami mengeluarkan 88 saman membabitkan pelbagai kesalahan. “Kesalahan itu antaranya membabitkan lapan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, 10 kerana tiada cermin sisi selain 22 tiada lesen memandu,” katanya ketika ditemui di lokasi.

    Beliau berkata, operasi turut disertai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Menurut beliau, ujian air kencing dijalankan terhadap 20 mat rempit mendapati dua daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine. Pada masa sama, 25 motosikal disita bagi siasatan lanjut.

    “Sebahagian daripada mereka adalah remaja dan kami harap ibu bapa mengawal pergerakan anak masing-masing bagi memastikan mereka tidak terbabit dengan gejala negatif,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 108 Individu Dikepung Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top