My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 13 October 2016

    Ada Sinar Buat Harimau Malaysia


    Haluan skuad Harimau Malaysia menjelang saingan sebenar Piala AFF pertengahan November ini tampak berada di landasan tepat susulan kejayaan pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee itu bangkit mengikat Afghanistan 1-1, malam kelmarin. 

    Menurut tonggak pertahanan tengah negara, Shahrom Abdul Kalam, semangat juang yang dipamerkan rakan sepasukannya dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam itu menunjukkan bahawa pasukan kebangsaan sudah bersedia untuk bersaing di Myanmar nanti. 

    Katanya, menerusi dua aksi persahabatan bermula dengan perlawanan menentang Singapura Jumaat lalu sebelum diuji Afghanistan malam kelmarin menyaksikan tahap kecergasan pasukan kini semakin meningkat.

    “Saya rasa tahap kecergasan kami sejak aksi pertama (bertemu Singapura) makin baik dan meningkat. Ia perkembangan yang sangat positif bagi kami ketika ini. Pasukan sedang cuba nak dapatkan momentum semula selepas apa yang berlaku sebelum ini. Bagi saya, kami dalam keadaan sangat positif sebab kami dapat bangkit kembali biarpun ketinggalan.

    “Paling nampak ketara sekali ialah semangat melawan dengan keinginan pemain nak dapatkan gol. Semangat pemain juga nampak baik dan saya rasa cukup gembira dengan suasana kem negara ketika ini. “Saya rasa banyak benda positif yang berlaku sejak akhir-akhir ini,” katanya yang baru pulih daripada kecederaan lutut yang menyaksikannya tersisih hampir tiga bulan.

    Shahrom, 31, sebelum ini terpaksa berehat panjang apabila mengalami kecederaan lutut ketika tugasan bersama pasukan negara berdepan Papua New Guinea dalam aksi persahabatan antarabangsa Siri Jelajah Oceania, Jun lalu. Insiden itu menyaksikan pemain kelahiran Kuala Lumpur itu tidak beraksi bersama Selangor, malah ketika Malaysia berkunjung ke Solo, Indonesia namanya turut diketepikan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ada Sinar Buat Harimau Malaysia Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top