My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 19 October 2016

    Akhirnya Watson Temui Sinar Bahagia


    Hasrat bekas raja pecut negara, Watson Nyambek untuk memiliki rumah sendiri tercapai apabila menerima kediaman berkelengkapan penuh di Bandar Baru Permyjaya, di sini. Berita gembira itu disampaikan Pengerusi Syarikat Kumpulan Naim, Datuk Amar Abdul Hamed dan Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Abd Latiff Ahmad dalam satu majlis, semalam. 

    Watson yang ditemui sejurus majlis bersyukur kerana dia masih diberi perhatian terutama kerajaan negeri yang banyak membantunya. “Ketika ini, saya menetap bersama keluarga di rumah bapa mentua di Hiltop Garden, di sini, dan tidak mempunyai rumah sendiri. “Sumbangan ini amat bermakna kepada saya dan keluarga,” katanya.

    Watson menerima sebuah rumah teres satu tingkat yang masih dalam pembinaan dan dijangka dapat diduduki pada 2018. Kisah mengenai Watson mula mendapat perhatian apabila dia diisytiharkan muflis selepas gagal melunaskan pinjaman untuk bayaran perubatan mendiang bapanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Akhirnya Watson Temui Sinar Bahagia Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top