My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 1 October 2016

    Anda Rasa Anda Cukup Bijak? Baca Artikel Ini...



    Di seluruh dunia, pengiktirafan pembelajaran seseorang dinilai menerusi kelayakan akademik yang mereka perolehi. Malah, untuk memohon sesuatu pekerjaan, antara ciri-ciri utama yang sentiasa diberi perhatian adalah kelayakan akademik yang dimiliki seseorang. Malah, ada diantaranya menilai kehebatan kademik seseorang sebelum individu berkenaan diterima menjadi menantu.

    Sudah menjadi resam manusia, perbezaan antara manusia bijak dan tidak dibezakan menerusi tinggi mana anda belajar. Mendapat pengiktirafan Ph.D merupakan satu yang cukup tinggi dalam pembelajaran seseorang manusia. Amat jarang kita mendengar, seseorang itu mahu menumpahkan seluruh kehidupannya untuk mengejar lebih daripada sekeping sijil.

    Inilah yang berlaku terhadap seorang profesor VN Parthiban, di Chennai, India. Siapa sangka, jika diukur dari penampilannya, beliau mempunyai lebih daripada 100 sijil dari pelbagai universiti yang ada di India. Dia yang bertugas selaku pensyarah senior perdagangan di RKM Vivekanada College kini diiktiraf sebagai pemilik 100 keping ijazah yang tertulis namanya yang diperolehi sejak lebih 30 tahun yang lalu.

    Ini termasuklah 8 ijazah Master of Law, 10 Master of Arts, 10 ijazah Master of Commerced, 3 Master of Sciences, 12 ijazah pengajian dan 9 Master of Bussiness Administiration. Pendek kata, segala subjek dari yang ada di perpustakaan sehinggalah perundangan antarabangsa, beliau cukup mahir dan tahu mengenainya.

    Pasti timbul persoalan, bagaimana seorang yang berusia 50 tahun sepertinya mampu untuk terus belajar dan bertahan dalam menimba ilmu? Parthiban memberitahu, rahsianya adalah sikap ingin tahu beliau dalam segenap perkara yang telah mendorongnya untuk terus belajar. Mengakui, dirinya datang dari keluarga biasa, beliau cukup bekerja keras untuk menamatkan pembelajarannya yang pertama.

    Sebaik sahaja tamat pengajiannya, beliau memulakan kerjaya di sebuah pejabat guaman. Bermula dari sinilah, kegilaannya untuk berlajar bemula apabila beliau akan memohon untuk belajar di mana-mana universiti atau kolej yang boleh menerimanya. Pernah satu ketika, setiap hujung minggu, beliau terpaksa menghadiri kuliah dan perperiksaan pada sebelah pagi dan juga petang.

    Pernah satu ketika, sebuah kolej terpaksa menunggu ketibaannya pada waktu malam untuk membolehkannya menduduki perperiksaan semester. Pernah seseorang bertanya, kenapa beliau sanggup menyusahkan hidupnya, Parthiban berkata, pembelajaran dan mengikuti kuliah di kolej atau universiti telah menerbitkan rasa ketagihnya terhadap semua subjek pembelajaran.

    Namun begitu, walaupun hari ini beliau mempunyai lebih daripada 100 keping sijil dan ijazah, beliau turut mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Beliau mengaku, beliau bukan seorang yang mampu mengingati wajah seseorang. Paling teruk, beliau berkata, beliau sendiri kadangkala sesat kerana beliau bukan seorang yang mampu mengingati setiap laluan yang ada di India mahupun kawasan sekitar bandarnya.

    Tidak hairanlah jika beliau tersesat, pasti akan ada mereka yang mengherdiknya sebagai bodoh dan buta jalan hanya kerana kelemahannya ini. Apabila ditanya, bagaimana perasaannya diherdik, sambil tersenyum beliau berkata, "biarlah mereka mengherdik saya dengan perkataan bodoh kerana saya tahu, saya memang bodoh apabila sanggup menghabiskan masa selama 30 tahun hanya untuk belajar dan mempunyai lebih 100 keping sijil dan ijazah".
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Anda Rasa Anda Cukup Bijak? Baca Artikel Ini... Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top