My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 19 October 2016

    Anugerah Kecemerlangan Daripada SPAD



    Ahad lalu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) telah menganjurkan Majlis Makan Malam sempena Anugerah Industri LPT di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). 

    Majlis yang turut dihadiri oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar ini adalah untuk menghargai pencapaian cemerlang pemain industri pengangkutan yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang.

    Pada majlis berkenaan, seramai 27 individu dan syarikat telah menerima pengiktirafan daripada pihak SPAD atas kecemerlangan yang mereka tunjukkan sepanjang tahun lepas. Menariknya, pengiktirafan ini turut melibatkan tahap kepuasan orang ramai serta faktor disiplin mereka yang berkhidmat kepada semua syarikat berkenaan.

    Berikut merupakan senarai lengkap mereka yang telah mendapat pengiktirafan pada malam berkenaan. Sekalung tahniah diucapkan.

    1. Stage Bus Operators
        - Perkhidmatan Bas Prasarana - Best Operator
        - Syarikat Pengangkutan Maju Berhad - Best Safety Practices
        - Handal Indah Sdn Bhd - Best Complaint Management

    2. Express Bus Operators
        - Tiara Persona Sdn Bhd (Ekspress Perdana) - Best Operator
        - Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) - Best Safety Practices
        - Sani United (Sani Ekspress) - Best Complaint Management

    3. Lorry - Containers Operator
        - Century Total Logistics Sdn Bhd - Best Operator
        - Taipanco Sdn Bhd - Best Safety Practices
        - MISC Intergrated Logistics Sdn Bhd - Best Complaint Management

    4. Lorry - General Cargo Operators
        - NITTSU Transport Services (M) Sdn Bhd - Best Operators
        - Sin-kung Loogistics sdn Bhd - Best Safety Practices
        - Tasco Berhad - Best Complaint Management

    5. Rail Operators
        - Express Rail Link (ERL) - Best Safety Practices dan Best Customer Service
        - Train Transit System (TTS) - Best Complaint Management

    6. Terminal Operator
        - Terminal Bersepadu Selatan (TBS) - Best Terminal
        - Terminal Amanjaya (Amanjaya) - Best Upcoming Terminal

    7. Anugerah Merit
        - Stesyen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral)
        - Columbia Leasure Sdn Bhd

    Semahat Mohamad
    8. Anugerah Pemandu Teksi Terbaik
        - Semahat Bin Mohamad (61 tahun)
        - Nombor kenderaan : HBA 7037
    Beliau dianugerahkan Pemandu Terbaik diatas kepuasan penggunan yang menyifatkan beliau seorang pemandu yang jujur dan amanah. Semakan keatas beliau mendapati, beliau langsung tidak mempunyai sebarang kesalahan trafik dan aduan daripada pihak pengguna.

        - Sharifuddin Bin Guzaly (36 tahun)
        - Nombor pendaftaran : HBA 6208
    Sharifuddin Guzaly
    Pada usia yang muda, beliau telah melakukan sesuatu perkara yang cukup jujur dan murni untuk melayakkan beliau dicalonkan pada anugerah ini. Beliau telah menunjukkan intergriti serta kejujurannya apabila memulangkan sejumlah wang yang tertinggal dalam teksinya kepada seorang pelancong Eropah, Albine D Conorio.

    Nyata, tindakan Sharifuddin ini mendapat penghargaan daripada Albine yang bertindak menghantar email kepada pihak SPAD dan menzahirkan penghargaan kepada beliau. Semakan terhadap rekod beliau mendapati, beliau langsung tidak melakukan sebarang kesalahan trafik dan mendapat aduan negatif daripada pengguna.
    Eddy Chang

        - Eddie Chang (51 tahun)
        - Nombor pendaftaran ; HBB 2161
    Beliau dicalonkan untuk anugerah ini atas perkhidmatan cemerlang dan penuh dedikasinya yang membantu sepasang suami isteri untuk ke KLIA pada jam 3 pagi. Berdasarkan perkhidmatannya, semua pelanggan mempercayai kejujuran dan komitmen Eddie dan seterusnya melayakkannya mendapat anugerah perkhidmatan pemandu teksi terbaik.
    Poobalen Murugesan

        - Poobalen A/L Murugesan (42 tahun)
        - Nombor pendaftaran : HBB 6220
    Seorang lagi pemandu teksi yang mendapat pengiktirafan daripada pelancong asing dengan bertindak jujur dan amanah kerana memulangkan wang yang tertinggal dalam teksinya. Beliau dipilih kerana maklum balas pelancong berkenaan kepada pihak SPAD yang menyifatkan beliau sebagai seorang yang jujur dan amanah dan pelancong berkenaan amat menghargai sikap yang ada pada Poobalen.
    Ahmad Bin Dorashid

        - Ahmad Bin Dorashid (52 tahun)
        - Nombor pendaftaran : HWD 4916
    Perkhidmatan beliau yang jujur dan amanah nyata cukup dihargai oleh pihak SPAD. Beliau terpilih kerana sikap jujurnya yang telah memulangkan beg seorang pelanggannya, Shermin Chan, seorang penuntut di UTAR yang disifatkan oleh Shermin sebagai seorang yang cukup jujur dan boleh dipercayai.

    Tan Kan Tee

        - Tan Kan Tee (60 tahun)
        - Nombor Pendaftaran : HWC 7304
    Dikenali sebagai orang lama dalam perkhidmatan teksi, beliau telah memulangkan barangan berharga milik seorang pelanggannya, Chew Mun Ling hanya dalam tempoh 5 minit. Nyata, sikap jujurnya telah melayakkan dirinya dicalonkan sebagai salah seorang pemenang anugerah perkhidmatan pemandu teksi terbaik.

    Mohd Zaidi Bin Yusoff
    9. Anugerah Khas
        - Mohd Zaidi Bin Yussof (37 tahun)
        - Kerjaya - Pemandu Bas Etika Delta
        - Nombor Pendaftaran : WXC 7766
    Bayangkan, anda sedang memandu sebuah bas ekspress dan secara tiba-tiba, seorang penumpang anda ingin melahirkan anak. Pastinya, kita akan berasa panik dan tenggelam punca. Namun, lain pula halnya dengan Mohd Zaidi. Dengan ketiadaan kepakaran dalam menyambut kelahiran bayi, beliau sanggup menjadi bidan terjun dengan menguruskan kelahiran seorang penumpangnya.

    Beliau melakukan semua ini atas kesedaran sivik dengan mengutamakan keperluan dan kecemasan penumpang terlebih dahulu dan menguruskan kelahiran luar jangka ini sebelum ketibaan pasukan perubatan. Kejadian yang berlaku pada 16 Mei 2015 ini pernah mendapat liputan meluas media yang rata-ratanya memuji tindakan Mohd Zaidi membantu penumpang basnya yang dalam kesusahan.
     
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Anugerah Kecemerlangan Daripada SPAD Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top