My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 25 October 2016

    Apa Sudah Jadi Man. United?




    “KAMI tewas gara-gara kesilapan besar yang dilakukan barisan pertahanan. Ia sangat mengecewakan.” Demikian jelas pengurus Manchester United, Jose Mourinho selepas menyaksikan skuad kendaliannya itu tewas 0-4 kepada Chelsea pada aksi Liga Perdana England di Stamford Bridge awal pagi semalam. 

    Pengurus yang berasal dari Portugal itu kembali ke Stamford Bridge buat kali pertama selepas dipecat pada Disember tahun lalu dan mimpi ngerinya bermula selepas Pedro berjaya meledak gol pembukaan kira-kira 30 saat selepas wisel permulaan dibunyikan.

    United terus dirundung duka selepas Gary Cahill menambah gol kedua Chelsea dan Eden Hazard serta N’Golo Kante berjaya memperdaya Chris Smalling untuk gol ketiga dan keempat, sekali gus menambah derita United.

    “Gol awal Chelsea nyata menjejaskan fokus pemain United. “Kami telah melakukan kesilapan besar di bahagian pertahanan. Kesilapan individu menyebabkan seluruh pasukan menanggung padahnya. 
    Jika kami berjaya menjaringkan gol ketika kedudukan 2-0, saya fikir kami masih mempunyai peluang,” jelas Mourinho.

    Kekalahan tersebut meletakkan United kini menghuni kedudukan ketujuh liga dengan 14 mata selepas mengharungi sembilan perlawanan. Setakat ini skuad dari Old Trafford itu sekadar meraih empat kemenangan.

    Chelsea pula menghuni kedudukan keempat liga dengan 19 mata manakala Manchester City kekal sebagai peneraju dengan 20 mata.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Apa Sudah Jadi Man. United? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top