My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 16 October 2016

    Apabila Mahathir Cuba Menyucikan Pembangkang



    Sejak secara tidak rasmi, Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai pembangkang sebaik sahajan tertubuhnya Prti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), apa yang dilakukan oleh Mahathir bolehlah disifatkan sebagai penyucian imej pembangkang yang selama ini begitu giat dicerca oleh Mahathir semasa masih berkuasa.

    Apa yang tidak pernah Mahathir hina dahulu, daripada terlalu bodoh dan dungu untuk mentadbir sehihnggalah mendakwa pembangkang adalah sebuah gabungan yang paling kuat mengamalkan rasuah. Malah, beliau sendiri pernah mendakwa, beliau hairan, bagaimana pembangkang boleh tunduk dan akur kepada pentadbiran seorang peliwat.

    Itu dahulu, kini, Mahathir dilihat cukup giat menyucikan imej pembangkang yang pernah dihinanya dahulu. Dalam satu kenyataan di Pagoh baru-baru ini, beliau menyifatkan kerajaan selangor yang di pimpin oleh Datuk Seri Azmin Ali merupakan sebuah kerajaan yang amat wajar dicontohi oleh pembangkang andai berjaya menumbangkan Barisan Nasional pada PRU ke 14 kelak.

    Beliau menyifatkan, dasar-dasar kerajaan Selangor diamalkan oleh kerajaan Selangor selama hari ini, telah banyak membantu rakyat Selangor terutamanya bagi golongan sederhana dana rendah. Sambil menyifatkan beliau tersalah anggap kemampuan pembangkang selama ini, beliau berkata, inilah satu contoh terbaik bagaimana mahu mentadbir sesebuah kerajaan.

    Mungkin Mahathir terlepas pandang atau tidak membaca akhbar seperti lazimnya sewaktu memerintah. Atau mungkin sahaja Mahathir terlalu sibuk hadir kepentas ceramah sehinggakan beliau tidak sempat untuk melihat dan mendengar sendiri saluran televisyen yang memaparkan segala permasalahan yang membelenggu rakyat negeri Selangor sejak 2 tahun lalu.

    Inikah rupanya kerajaan contoh apabila Selangor mencatatkan peningkatan 400 peratus rumah-rumah urut dan persundalan yang ada hari ini? Adakah ini kerajaan contoh apabila Selangor turut mencatatkan peningkatan lebih 300 peratus pusat-pusat judi haram? Adakah ini kerajaan contoh apabila kewujudan lebih 2,000 kilang-kilang haram sehingga mencemarkan Sungai Semenyih?

    Adakah ini kerajaan contoh apabila Azmin bertindak menyekat bantuan kerajaan negeri kepada ibu-ibu tunggal yang telah berdaftar yang layak untuk menerima bantuan? Adakah ini kerajaan contoh apabila kerajaan Azmin telah menggelapkan lebih RM 10 bilion dalam isu DEIG dan RM 10 juta menerusi pengubahsuaian Pintu Gerbang Darul Ehsan yang sehingga kini masih belum terjawab?

    Adakah ini kerajaan contoh apabila kes-kes denggi meningkat? Paling utama, adakah ini kerajaan contoh pada mata Mahathir apabila lebih sejuta orang penduduk Selangor terjejas akibat ketiadaan bekalan air kerumah mereka? Adakah ini contoh terbaik bagi Mahathir apabila Azmin langsung tidak menjengah penduduk yang terjejas sebaliknya lebih sibuk membantu peniaga nasi lemak anak dara?

    Hari ini, apa sahaja yang melibatkan pembangkang akan di sucikan oleh Mahathir. Tidak perlu untuk "membasuh" mereka dengan air sungai Ganga, air sungai Nil, Air sungai Upheratus mahupun "Holy Water". Cukup hanya memuji menyanjung dan menghasut rakyat kononnya kerajaan Pakatan Harapan terutamanya di Selangor adalah yang terbaik.

    Tanpa disangka, mata Mahathir sudah beransur buta, telinganya juga beransur pekak dan fikirannya juga beransur nyanyuk untuk menilai, betapa terseksanya rakyat Selangor dipermainkan Azmin sehingga ada diantaranya tidak mandi untuk 3 hari. Ini kerajaan contoh?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Apabila Mahathir Cuba Menyucikan Pembangkang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top