My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 21 October 2016

    Bahana Lafaz Taat Setia Sokong Militan Daesh



    Perbuatan dua orang peniaga memberi sokongan kepada kegiatan militan Daesh dengan melafazkan taat setia melalui aplikasi Telegram kumpulan ‘Gagak Hitam’ memakan diri apabila dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam. 

    Tertuduh Tengku Shukri Che Engku Hashim, 30, dan Hizmi Razli Abdul Rahim, 32, bagaimanapun tidak membuat sebarang pengakuan ke atas dua pertuduhan yang dihadapi mereka. Tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.

    Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa memberi sokongan kepada kumpulan Daesh dengan me­lafazkan sumpah taat setia terhadap kumpulan tersebut melalui aplikasi Telegram ‘Gagak Hitam’.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bahana Lafaz Taat Setia Sokong Militan Daesh Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top