My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 25 October 2016

    Bajet 2017 Bukti Keprihatinan Kerajaan Kepada Pengangkutan Awam - SPAD





    Dalam pembentangan bajet 2017 yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Jumaat lalu, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah bajet khusus untuk penambahbaikan beberapa jenis pengangkutan awam darat. Ini membuktikan bahawa kerajaan prihatin dengan nasib rakyat dan komited untuk menyediakan kemudahan setanding negara maju. 

    Mengulas tentang perkara ini, Ketua Pegawai Eksekutif, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah berkata, SPAD amat mengalu-alukan peruntukan bagi peningkatan pengangkutan awam darat dalam pembentangan Bajet 2017 Jumaat lalu.

     Beliau berkata, SPAD yakin peruntukan di bawah Bajet 2017 bagi pengangkutan awam darat penting dalam usaha suruhanjaya untuk mencapai sasaran perkongsian mod 40 peratus di kawasan dalam bandar pada 2030.

    Ujar beliau lagi, demi meningkatkan mobiliti dan mengurangkan kesesakan di kawasan Greater Kuala Lumpur atau Lembah Klang (GKL/KV) yang kian mengalami pembangunan pesat, kerajaan komited dalam merealisasikan projek berwawasan seperti penyambungan laluan Transit Aliran Ringan (LRT) bagi laluan Kelana Jaya dan Ampang termasuk projek Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh - Kajang yang bakal beroperasi.

    Untuk luar Lembah Klang pula, RM100 juta diperuntukkan bagi pemulihan laluan Pantai Timur yang musnah akibat banjir pada 2014 dan ia akan memulihkan kesalinghubungan bagi kawasan luar bandar yang bergantung kepada perkhidmatan rel.

    Menurut beliau lagi, pengenalan 19 set tren Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) baharu yang akan beroperasi bagi laluan Johor Bahru - Padang Besar akan mempertingkatkan frekuensi perkhidmatan serta kapasiti bagi memenuhi permintaan untuk perkhidmatan ini yang kian berkembang pesat.

    Dengan peruntukan sebanyak RM 55 bilion, pihaknya yakin untuk meneruskan projek Rel Laluan Pantai Timur (ECRL) ini.

    Untuk rekod, projek ECRL ini yang merangkumi jarak 600 kilometer akan menghubungkan kawasan GKL/KV dengan bandar di Pantai Timur termasuk Bentong, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Tumpat. Ia akan memangkinkan ekonomi di sepanjang laluan ECRL apabila ianya siap kelak.

    Mengulas tentang hal yang sama, Mohd Azharuddin berkata, kelulusan peruntukan RM60 juta akan membantu penerima permit teksi individu berkelayakan yang keluar daripada sistem pajak untuk membeli kenderaan baharu dengan penerimaan geran RM5,000.

    Tegas beliau ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk membangunkan taraf industri ini di bawah Program Transformasi Industri Teksi. Tambahan pula, kerajaan mengumumkan pengenalan jaringan keselamatan melalui skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi pemandu teksi yang layak.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bajet 2017 Bukti Keprihatinan Kerajaan Kepada Pengangkutan Awam - SPAD Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top