My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 14 October 2016

    ‘Ferrari Pasukan Penakut’


    Sejak beralih menggunakan enjin V6 bermula saingan Grand Prix (GP) musim 2014, pasukan Formula Satu (F1) Ferrari sehingga kini dihimpit masalah besar apabila berterusan gagal memulihkan prestasi dalam tempoh tiga tahun. 

    Musim ini, pasukan dari Itali itu masih gagal mencetak kemenangan, sekali gus menyebabkan reputasi selaku jaguh dunia pada beberapa tahun lalu kini lenyap selepas Mercedes AMG Petronas dan Red Bull pula dilihat menguasai perlumbaan.

    Bekas jurutera Ferrari, Luca Bal­disserri menyifatkan pasukan tersebut kini dianggotai sekumpulan individu yang takut mengambil risiko sehingga menyebabkan mereka berterusan gagal untuk kembali menjadi pasukan hebat dalam persaingan F1.

    “Presiden F1 Ferrari, Sergio Marchionne dan ketua pasukan, Maurizio Arrivabene tidak memiliki pengalaman perlumbaan. Kegagalan bersaing pada musim ini menyebabkan Ferrari semakin ke belakang.

    “Jelas mereka bukan lagi sebuah pa­sukan hebat tapi penakut. Mereka tidak berani mengambil risiko dan takut dipecat dalam keadaan tidak terhormat,” tegas Baldisserri yang kecewa dengan prestasi pasukan Ferrari ketika ini.

    Selain itu, peletakan jawatan pegawai teknikal, James Allison pada Julai lalu turut memberi kesan kepada pa­sukan Ferrari meskipun tugas tersebut kini digantikan Mattia Binotto. Bagaimanapun, Baldisserri menyifatkan Binotto tidak sesuai me­­n­yam­bung tugas tersebut kerana tidak pakar dalam membangunkan reka bentuk jentera F1.

    “Saya akui Binotto tahu cara memberi motivasi kepada pasukan tetapi dia bukan pegawai teknikal dan tiada pengetahuan dalam membangunkan casis jentera F1,” tambah Baldisserri.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: ‘Ferrari Pasukan Penakut’ Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top