My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 13 October 2016

    Hanya Kebas Lima Biji Limau



    Hanya lima biji buah limau yang dicuri. Itu situasi pelik kejadian pecah rumah yang berlaku di Jalan Airport di Miri, apabila penceroboh tidak mengusik barangan berharga di rumah itu, sebaliknya hanya mencuri buah berkenaan, kelmarin. 

    Kejadian disedari jam 9.45 malam selepas pemilik rumah iaitu lelaki berusia 50-an mendapati pintu pagar jeriji belakang rumahnya sudah diumpil dan pintu terbuka. Sumber berkata, mangsa yang panik melihat keadaan pintu pagar yang sudah dirosakkan dengan pintu rumah yang terbuka segera membuat pemeriksaan.

    Bagaimanapun, katanya, mangsa pelik apabila mendapati barang berharga tidak diusik penceroboh. “Ketika mangsa mahu mengambil minuman dan makanan di peti sejuk, mangsa terkejut mendapati lima biji limau disimpan di peti sejuk lesap.

    “Mangsa tidak menolak kemungkinan limau itu diambil individu yang menceroboh rumahnya, bagaimanapun dia pelik berikutan pelbagai barangan berharga tidak disentuh,” katanya. Menurut sumber, bimbang kejadian sama berulang, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri di sini, berhubung kejadian itu.

    “Ketika kejadian mangsa dan keluarganya tiada di rumah kerana mereka memiliki sebuah lagi rumah di Batu Niah, di sini. Mangsa melahirkan kebimbangan kerana pada 6 Oktober lalu, sebuah rumah di kejiranan itu dipecah masuk penjenayah berkelakuan pelik apabila merakam gambar dengan mangsanya,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Hanya Kebas Lima Biji Limau Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top