My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 20 October 2016

    JDT Ditunjuk Jalan Keluar


    Harapan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFC musnah selepas ditunjukkan jalan keluar oleh kelab dari India Bengaluru FC dengan kekalahan 1-3 pada aksi separuh akhir kedua malam tadi. 

    Keputusan di Stadium Sree Kanteerava, Bangalore itu membolehkan Bengaluru melangkah ke final untuk bertemu Air Force Club dari Iraq menerusi agregat 4-2 selepas seri 1-1 dalam pertemuan pertama di Larkin pada 28 September lalu.

    Ternyata ketiadaan dua penyerang import dari Argentina Jorge Pereyra Diaz dan Juan Martin Lucero yang digantung perlawanan memberi kesan kepada corak permainan Johor DT.

    Bekas penyerang kebangsaan Safee Sali yang menjadi taruhan pengendali Mario Gomez di bahagian serangan menyumbang kepada gol pertama pertama perlawanan apabila rembatan kencangnya ditepis penjaga gol Amrinder Singh namun kapten Safiq Rahim pantas menanduk masuk ke gawang tuan tumah pada minit ke-12.

    Bagaimanapun gol itu tidak melunturkan semangat Bengaluru yang berusaha keras mengasak menerusi beberapa percubaan bagi membuatkan Johor DT lebih banyak bertahan. Selepas sekadar menyaksikan rembatannya tersasar pada minit ke-28, kapten tuan rumah Sunil Chhetri menebus kekecewaan itu dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-40.

    Babak kedua terus rancak dengan kedua-dua pasukan saling mengatur gerakan namun pasukan pelawat tergamam apabila rembatan Chhetri dari jarak 30 meter gagal diselamatkan penjaga gol Izham Tarmizi Roslan di minit ke-67.

    Ketika skuad Harimau Selatan cuba bangkit, semangat mereka direntap sekali lagi selepas tandukan ke belakang Juan Antonio pada minit ke-75 hasil sepakan percuma Lyngdoh Eugenesson menghasilkan gol ketiga Bengaluru.

    Keputusan 3-1 kekal sehingga wisel penamat dan anak buah Albert Roca melakar sejarah mara ke final buat kali pertama untuk berdepan Air Force Club di Qatar pada 5 November depan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: JDT Ditunjuk Jalan Keluar Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top