My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 19 October 2016

    Johor DT Hanya Mahu Menang




    SKUAD Johor Darul Takzim (Johor DT) tiada pilihan lain kecuali menang pada aksi separuh akhir kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2016 menentang wakil India, Bengaluru FC di Stadium Sree Kanteeraya, Bangalore malam ini. 

    Kedua-dua pasukan kini terikat dengan agregat 1-1 hasil keputusan perlawanan pertama di Stadium Tan Sri Dato’ Hassan Yunos, Larkin pada 28 Ogos lalu. Andai seri tanpa jaringan pada aksi kedua ini, hasrat Johor DT untuk mara akan musnah kerana pasukan lawan mereka itu memiliki kelebihan jaringan di ge­langgang lawan.

    Perlawanan malam ini ibarat detik penentuan buat skuad Harimau Selatan itu yang merupakan juara bertahan Piala AFC selepas menewaskan kelab Tajikstan, Istiklol 1-0 pada final di Stadium Pamir, Dushanbe tahun lalu.

    Walaupun menyedari tugas mereka di gelanggang lawan itu agak berat tetapi jurulatih, Mario Gomez belum mahu menyerah. Jurulatih yang berasal dari Argentina itu tetap yakin skuad kendaliannya mampu meraih kemenangan.

    “Kami mahukan kemena­ngan pada perlawanan malam esok (malam ini). Biarpun kita tahu laluan buat pasukan agar sukar selepas sekadar seri 1-1 pada aksi pertama tempoh hari tetapi saya tetap yakin anak-anak buah saya mampu melakukan kejutan. 

    "Saya yakin mereka akan bermain bermati-matian untuk memenangi perlawanan separuh akhir kedua itu nanti, sekali gus melayakkan diri ke perlawanan akhir,” kata Gomez ketika dihubu­ngi semalam. 

    Gomez memberitahu, barisan pemain yang akan diturunkan pada malam ini adalah yang terbaik termasuk dua penyerang dari Argentina yang akan mengetuai jentera serangan. “Tentunya Juan Martin Lucero dan Diaz akan diturunkan selain bahagian pertengahan yang akan dikendalikan oleh Safiq Rahim, manakala bahagian pertahanan akan dibarisi pemain seperti Marcos Antonio,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Johor DT Hanya Mahu Menang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top