My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 24 October 2016

    Jururawat Dirogol Bergilir-Gilir



    Keseronokan seorang jururawat muda berhibur dengan dua kenalan lelaki yang baru dikenali di sebuah pusat karaoke berakhir dengan dia dibuang di tepi jalan di kawasan perindustrian Bleteh selepas dipercayai dirogol secara bergilir-gilir.

    Semasa ditemui pada pukul 6.30 pagi kelmarin, jururawat desa di sebuah pusat kesihatan di daerah ini dalam keadaan terbaring separuh bogel dan tidak sedarkan diri dipercayai kerana terlalu mabuk. 
    Penemuan mangsa yang ber­usia 22 tahun itu menimbulkan perhatian orang ramai yang lalu-lalang di kawasan perindustrian tersebut.

    Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Freedy Bian berkata, sebelum ke­jadian, mangsa di­kata­kan berhibur ber­sama dua kenalan lelaki yang baru dikenali di sebuah pusat karaoke di sini. 

    Bagaimanapun, me­nurut beliau, selepas berhibur di dua buah pusat karaoke pada malam sama, mangsa kemudian dipercayai diperkosa oleh kedua-dua kenalannya yang dikatakan pekerja kilang. 

    “Selepas dinodai mangsa di­percayai sengaja ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan separuh bogel dan tidak sedarkan diri,” kata beliau ketika dihubungi media di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jururawat Dirogol Bergilir-Gilir Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top