My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 14 October 2016

    Kebakaran Bas Rapid Di Wangsa Maju, SPAD Akan Mulakan Siasatan


    Rapid Bus Sdn Bhd pengendali perkhidmatan bas Rapid KL di Lembah Klang ingin mengesahkan bahawa sebuah bas Rapid KL telah telah terbakar berhampiran pusat membeli belah Aeon Big Wangsa Maju. 

    Kejadian ini berlaku kira-kira jam 4 petang melibatkan bas laluan T521 (LRT Sri Rampai - Seksyen 10 Wangsa Maju). Insiden berlaku apabila bas berhenti secara tiba-tiba dan kapten bas terhidu bau asap. Keadaan ini menyebabkan, kapten bas berkenaan mengarahkan kesemua 6 penumpang di dalam untuk keluar dari bas tersebut.

    Dalam kejadian berkenaan, kesemua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan. Namun begitu, kebakaran tersebut telah menyebabkan kenderaan yang berada berhampiran lokasi turun rosak dijilat api.

    Pihak Rapid KL memohon kepada pemilik kenderaan yang terlibat untuk menghubungi kami di talian bantuan 03-7885 2525 atau emel kepada suggest@rapidkl.com.my bagi tujuan tuntutan pampasan.

    Dalam perkembangan yang sama, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) memandang serius kejadian bas terbakar di Wangsa Maju ini. Memetik sumber dalaman SPAD, pihaknya akan memulakan siasatan secepat mungkin untuk mengenal pasti punca kebakaran berkenaan.

    Pihak SPAD sentiasa memandang serius tahap keselamatan dan keselesaan pengguna pengangkutan awam di negara ini. Menurut sumber ini lagi, pihak SPAD akan bekerjasama dengan pihak Bomba, JPJ, Puspakom dan beberapa agensi yang lain untuk mengetahui lebih lanjut mengenai insiden ini.

    Justeru, pihak SPAD meminta orang ramai usah menyebarkan sebarang khabar angin mengenai hal ini sehingga menyebabkan keyakinan pengguna terhadap pekhidmatan bas Rapid terjejas.

    Untuk rekod, inilah kali pertama kejadian seumpama ini berlaku di Lembah Klang sejak perkhidmatan ini mula beroperasi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kebakaran Bas Rapid Di Wangsa Maju, SPAD Akan Mulakan Siasatan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top