My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 13 October 2016

    Kekurangan Tenaga Kerja Sektor Pertanian Membimbangkan




    Sebelum negara mengecapi tahap ekonomi berasaskan industri ini, Malaysia lebih dikenali sebagai negara pertanian dan perladangan. Kesemua ini diusahakan oleh penduduk luar bandar dimana bekalan sayur-sayuran serta daging, boleh didapati dengan harga yang murah.

    Namun perkembangan ekonomi sejak dari 1980 telah membawa perubahan kepada industri asas tani negara. Sedikit demi sedikit, negara mula bergerak dari negara pertanian kepada negara yang berasaskan industri ini. Perubahan ini turut mengheret sama trend memilih pekerjaan terhadap generasi baru hari ini.

    Menyedari akan hal ini, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan beliau dengan sikap warga tempatan yang semakin menjauhi industri ini. Hari ini, keperluan pekerjaan industri ini terpaksa dipenuhi dengan pengambilan warga asing yang majoritinya sanggup mengerjakan hasil tanah dengan bayaran yang agak rendah.

    Hari ini, dianggarkan permintaan pekerja seluruh negara bagi kedua sektor ini berjumlah lebih kurang 63,000 orang. Melihat kepada jumlah besar ini, Justeru, tidak hairanlah keperluan untuk mengisi kekosongan sektor ini begitu meruncing sehingga mendapat perhatian Datuk Seri Wee.

    Mungkin ada yang memandang enteng masalah ini. Sebenarnya, jika hal ini tidak ditangani dengan segera, antara impaknya termasuklah keadaan ekonomi negara bakal terjejas. Menurut Datuk Seri Wee, kekurangan pekerja dan permintaan yang paling ketara adalah dari negeri Kedah , Pahang , Johor dan Perak.

    Beliau mengeluarkan kenyataan ini berbangkit ketika mengadakan pertemuan bersama-sama wakil kedua industri dari 4 negeri ini. Pihak yang mewakili industri yang datang dari negeri ini menyatakan kesusahan dan masalah mereka , terutamanya ketika mahu memungut hasil tanaman mereka.

    Menurut beliau, Cameron Highland misalnya telah memberi pengeluaran sejumlah RM200 juta setahun sebagai pengeksport “Chrysanthemum” dimana ini ada lah pengeluar ketiga terbesar di dunia. Namun, jika isu tenaga kerja tidak diselesaikan dengan kadar segera, petani tidak dapat mengutip hasil Ikut jadual.

    Dalam hal ini, walaupun kerajaan memberi kebenaran kepada sektor perladangan untuk mengambil pekerja asing namun ia terhad hanya kepada sektor ladang kelapa sawit sahaja. Walau bagaimanapun, dalam pertemuan itu, beliau berjanji, beliau dan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai akan membawa masalah ini kepada pengetahuan Perdana Menteri dalam masa terdekat.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kekurangan Tenaga Kerja Sektor Pertanian Membimbangkan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top