My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 18 October 2016

    "Kenapa Perlu Panik?" Wee Ka Siong



    Pelbagai cara cuba dilakukan oleh DAP untuk memecah belahkan kesepakatan dan perpaduan Barisan Nasional dalam mentadbir negara. Terbaru, DAP mendakwa MCA panik apabila Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong mendakwa, partinya sudah berjaya menarik sokongan kaum Melayu di Johor.

    Mengulas mengenai hal ini, Pengerusi MCA Johor merangkap Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong mempersoalkan, kenapa MCA perlu panik dengan dakwaan Chin Tong ini? Beliau menegaskan, tiada sebab untuk Barisan Nasional (BN) negeri ini perlu panik kerana kepemimpinan yang ditunjukkan Menteri Besar adalah dinamik dan cemerlang.

    Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, dakwaan dan tohmahan pemimpin pembangkang terhadap kepemimpinan diterajui Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin adalah bertujuan mengabui mata rakyat. Katanya, dakwaan yang dilemparkan pemimpin DAP Johor terhadap kepemimpinan BN juga jelas menunjukkan kebimbangan mereka yang tidak langsung membuat kerja untuk rakyat.

    Beliau menegaskan, andai benar dakwaan Chin Tong itu, BN negeri langsung tidak menambil pusing dengan dakwaan sedemikian. Beliau berkata, andai benar dakwaan DAP berkenaan, pihaknya mencabar DAP untuk bertanding dikawasan UMNO, bukan hanya menumpukan kawasan MCA semata-mata.

    "Kalau rasa mereka kuat sangat pergilah. Cuba dulu, belum cuba belum tahu. Beliau (Chin Tong) boleh diibaratkan seperti pepatah Melayu 'yang bodoh tidak dapat diajar, yang pandai tidak boleh diikut'," katanya pada sidang media selepas perjumpaan tertutup selama dua jam kepemimpinan MCA Johor bersama Menteri Besar di sini, malam tadi.

    Dalam perkembangan persempadanan semula, beliau berkata, Johor adalah sebuah negeri yang unik dan tidak sama dengan negeri lain. Ini kerana, Johor tidak boleh meminggirkan mana-mana komponen dalam persempadanan semula kerana kebanyakan kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor dianggap kerusi campuran.

    Tegasnya, walaupun ditandingi calon UMNO, perlu ada sokongan pengundi Cina dan inilah peranan MCA untuk kumpul tenaga memberi sokongan pada wakil UMNO. Begitu juga kerusi ditandingi calon MCA, tanpa sokongan kaum lain juga akan merugikan semua pihak.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: "Kenapa Perlu Panik?" Wee Ka Siong Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top