My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 14 October 2016

    Mahu Rumah? Sila Lakukan Hubungan Seks Dahulu



    Antara keperluan asas manusia hari ini adalah memiliki kediaman yang selesa yang menjadi tempat perlindungan dalam mengharungi kehidupan seharian. Justeru, setiap manusia akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan tempat berteduh.

    Namun begitu, sebilangan penduduk di Singapura telah bangkit menghentam seorang Menteri Kanan Singapura, Josephine Teo kerana menganakan syaraat yang pelik untuk rakyat negara berkenaan memiliki rumah sendiri.

    Ini kerana, Josephine menggesa pasangan yang tidak mempunyai anak, melakukan hubungan seks jika mahu diberi keutamaan untuk mendapatkan perumahan awam. Ini telah menimbulkan kemarahan sebilangan rakyat Singapura kerana mereka menganggap syarat yang dikenakan, tidak masuk akal dan mengarut.

    "Anda hanya memerlukan ruang yang kecil untuk mengadakan hubungan seks. Jadi kenapa perlu memohon rumah?" kata menteri berkenaan seperti yang dilaporkan The Straits Times kelmarin. Kenyataan ini mucul sebagai reaksi balas beliau terhadap kenyataan golongan muda yang mengatakan mereka tidak boleh hamil jika tidak diberi peluang tinggal bersama di dalam flat terlebih dahulu.

    Reaksi Josephine ini telah mendapat reaksi negatif daripada penduduk negara berkenaan dengan beberapa laman web turut menyiarkan gambar-gambar pasangan melakukan hubungan seks seperti di tangga, tandas awam, tandas orang kelainan upaya dan bilik tidur ibu bapa mereka.

    Menerusi laporan yang sama, akhbar The Straits Times turut melakukan tinjauan rambang di mana 92 peratus penduduk percaya, pasangan suami isteri sepatutnya mendapat sebuah flat terlebih dahulu sebelum merancang untuk memiliki anak.

    Melihat kepada reaksi negatif berkenaan, Josephine telah memberi reaksi balasnya berhubung kemarahan orang ramai ini. Dalam status di laman sosial Facebook miliknya, Josephine meminta satu perbincangan yang jujur dan berhemah dilakukan bagi membincangkan isu ini.

    Untuk rekod, Singapura mengamalkan skim perumahan dan perancangan keibu bapaan dimana pasangan suami isteri yang mempunyai anak atau bakal menimang cahaya mata, akan diberi keutamaan untuk menerima kemudahan perumahan awam.

    Negara berkenaan juga telah memperkenalkan pelbagai inisiatif yang menggalakkan rakyatnya mendapatkan anak memandangkan tahap kesuburan hanya pada 1.3 kelahiran bagi setiap wanita. Ia menyebabkan negara berkenaan menduduki tangga kelima tahap kesuburan terendah di dunia.

    Malah kerajaan Singapura juga turut menyediakan wang bonus sebanyak AS $7220 (RM 30,390) kepada pasangan yang melahirkan anak ketiga.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mahu Rumah? Sila Lakukan Hubungan Seks Dahulu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top