My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 24 October 2016

    Mana Pilihan Pembangkang Melayu, Bishop Atau Mufti?



    Dalam semua agama di dunia, tidak kira samada Islam, Kristian, Judais, Budha mahupun Hindu, kesemua pengikutnya digalakkan hidup aman dan damai tanpa perlu bertelagah antara satu sama lain. Dalam erti kata mudah, kesemua agama ini menggalakkan umatnya hidup dengan penuh kasih sayang dan mengelakkan perseteruan yang merugikan.

    Paling ketara, Islam yang dikenali sebagai penggalak kepada kedamaian sejagat seperti yang disarankan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Malah, ajaran Kristian juga menggalakkan hidup harmoni antara satu sama lain di mana agama ini turut senada dengan Islam supaya mengelakkan ketegangan demi memakmurkan dunia.

    Namun, bukan semua pendokong agama ini senada dengan apa yang digariskan oleh agama masing-masing. Lihat sahaja kaum Melayu yang majoritinya beragama Islam, ada yang sanggup meninggalkan seruan Nabi Muhammad hanya semata-mata mahu turun ke jalanan bagi menyertai himpunan BERSIH yang dianjurkan oleh seseorang yang jelas mempersendakan Islam.

    Lebih mengharukan, idealogi songsang yang dibawa oleh BERSIH ini turut menular ke gereja sehinggakan Bishop Katholik, Bernard Paul sanggup mengeluarkan arahan untuk menggalakkan pengikut Katholik turun ke jalanan bagi menyertai BERSIH.

    Tidak terhenti setakat itu, dia juga turut mendesak para pengamal ajaran Islam seperti golongan Mufti, Imam malah pengikut ajaran Islam turun untuk menyokong himpunan BERSIH 5 dengan alasan, perjuangan mereka adalah untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang kononnya dianggap Bernard sebagai sebuah kerajaan yang kotor dan telah dizalimi.

    Katanya lagi, BERSIH merupakan satu gerakan yang mewujudkan kedamaian di Malaysia dan ianya harus disokong oleh semua pihak tanpa mengira agama. Malah, dia juga turut mengesahkan akan turun pada 19 Nivember ini bagi menunjukkan sokongan pihak gereja pada perhimpunan ini.

    Inikah pendirian pihak gereja di Malaysia yang dikenali sebagai sebuah negara majmuk dan berbilang bangsa dan agama? Jika mengambil kira ulasan dan saranan yang dikemukakan oleh Bernard ini, tidak mustahil, bukan sahaja pertumpahan darah mungkin akan terjadi, malah pertembungan antara agama juga turut mungkin akan berlaku.

    Manakan tidak, jika mengambil kira 14 tuntutan IFC oleh Datuk S. Ambiga, sangat jelas sekali bahawa gerakan mahu menghancurkan kekuatan agama Islam dan ketuanan Melayu menjadi modal utama BERSIH disebalik penganjuran perhimpunan ini yang menuntut pelbagai perkara dari sudut politik.

    Dalam hal ini, para mufti dan para ilmuwan Islam di negara ini sepakat untuk menolak kehadiran umat Islam dalam perhimpunan BERSIH kerana jika dinilai dari sudut agama, ianya jelas bercanggah daripada saranan Islam. Malah, PAS yang sebelum ini antara pendokong utama BERSIH juga sudah melarang ahlinya untuk turut serta dalam perhimpunan songsang ini.

    Persoalannya, masih adakah umat Islam yang akan turut turun sama dalam perhimpunan ini? Jika ada, nyata sekali mereka lebih menghormati pendirian Bishop Bernard daripada saranan para ilmuwan Islam yang melarang keras sebarang penyertaan daripada umat Islam dalam BERSIH.

    Jika ini yang dimahukan mereka, lebih baik berhenti daripada mengamalkan apa yang diajarkan oleh Islam kerana secara jelasnya, mereka telah menolak ajaran Nabi Muhammad S.A.W dan apa yang telah difirmankan Allah dalam qalamnya, Al Quran.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mana Pilihan Pembangkang Melayu, Bishop Atau Mufti? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top