My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 25 October 2016

    Nikmati Perbankan Mudah Alih i-TAP


    Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) menyasarkan 30,000 pengedar rangkaian prabayar ONE XOX Sdn Bhd (ONEXOX) akan menggunakan Kad-I Debit Bank Islam Visa ONEXOX pada masa depan. 

    Pengenalan kad debit berkenaan adalah kerjasama selama dua tahun antara BIMB dan ONEXOX yang memberi manfaat kepada pengedar ONEXOX menikmati perkhidmatan perbankan mudah alih i-TAP (i-TAP) yang turut dilengkapi teknologi cip berinovasi.

    Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif BIMB, Khairul Kamarudin berkata, sasaran itu seiring dengan peningkatan jumlah deposit Islam dan akaun pelaburan Islam sebanyak 9.6 peratus kepada RM580.7 bilion pada Januari hingga Julai 2016. Beliau berkata, pihaknya mengunjurkan 70 peratus daripada 30,000 pengedar ONEXOX menjadi pemegang kad debit berkenaan pada Jun tahun depan.

    “Buat masa ini, Kad-I Debit Bank Islam Visa ONE XOX diperkenalkan khas kepada pengedar ONEXOX yang sah dan bakal ditawarkan kepada 1.5 juta pelanggan ONEXOX pada masa akan datang.

    “Kami dalam proses menyediakan platform perbankan mudah alih buat pengedar ONEXOX yang dapat digunakan pada Januari depan,” katanya selepas majlis pelancaran Kad-I Debit Bank Islam Visa ONEXOX yang turut disertai Ketua Jabatan Operasi ONE XOX, Mohd Affendi Mohd Ramli di sini, semalam.

    Mohd Affendi berkata, prabayar ONEXOX adalah perkhidmatan telekomunikasi patuh shariah yang menawarkan kadar panggilan terbaik dan perkongsian perolehan bersama.

    Beliau berkata, ONEXOX adalah syarikat telekomunikasi patuh shariah pertama di Malaysia bercirikan tanpa unsur caj tersembunyi kepada pelanggan, menawarkan kadar perkhidmatan berpatutan dan tiada iklan mengelirukan.

    “Selain prabayar ONEXOX, syarikat dalam proses memperkenalkan produk terbaru, pascabayar ONEXOX kepada pelanggan pada tahun hadapan,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Nikmati Perbankan Mudah Alih i-TAP Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top