My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 1 October 2016

    Inspektor Menangis Teresak-Esak



    Seorang inspektor polis wanita yang sarat me­ngandung menangis teresak-esak sebaik Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM20,000 ke atasnya ke­rana bersetuju menerima ra­suah RM4,000 tiga tahun lalu. 

    Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab. Karim Ab. Rahman membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azah Kasran terhadap pembebasan In­spektor Suriati Mohd. Shafie, 35, yang kini hamil sembilan bulan daripada pertuduhan itu.

    Sebaik mendengar keputusan itu, Suriati menangis teresak-esak dan terpaksa ditenangkan oleh rakan-rakan wanitanya. Ab. Karim berkata, mahkamah mendapati Hakim Mahkamah Sesyen, Mohd. Nasir Nordin, telah terkhilaf semasa membuat keputusan pada akhir kes pem­belaan yang melepas dan membebaskan Suriati pada 23 Januari 2015.

    Dalam prosiding semalam, Ab. Karim turut memerintahkan tertuduh dipenjara lapan bulan lagi sekiranya dia gagal membayar denda tersebut. Tertuduh membayar denda itu.

    Dalam penghakimannya, Ab. Karim berkata, rasuah merupakan kesalahan serius terutama bagi mereka yang menjaga ke­selamatan dan penguatkuasaan kerana melibatkan amanah dan integriti bukan sahaja kepada seseorang bahkan kepada jabatan dan masyarakat.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Inspektor Menangis Teresak-Esak Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top