My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 21 October 2016

    Orang Lain Berhutang, Orang Lain Kena Serang

    ROSAK: Siling tempat letak kereta pecah akibat letupan mercun berkenaan.

    Angkara hutang kawan adik, abang terkena tempias dan menanggung akibat apabila sebuah rumah di Jalan Nuri dibaling dengan mercun kelapa awal pagi kelmarin (Rabu). Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superintenden Martin Koo ketika dihubungi mengesahkan satu laporan berhubung kejadian itu diterima oleh pihaknya. 

    Dalam kejadian sekitar jam 2.30 pagi, pengadu berusia 29 tahun bersama ahli keluarganya sedang tidur apabila mereka dikejutkan dengan bunyi letupan kuat di luar rumah teres dua tingkat mereka. Pengadu dan ahli keluarganya terus keluar untuk memeriksa keadaan di halaman rumah.

    Terdapat serpihan mercun bulat besar dipercayai mercun kelapa di halaman rumah pengadu. Pemeriksaan pengadu juga mendapati kerosakan pada siling tempat letak kereta, cermin tingkap dan lampu ‘down light’.


    Menurut Martin, punca kejadian dipercayai kerana hutang judi kawan adiknya yang kini berada di Miri. Difahamkan hutang tersebut sudah dijelaskan namun suspek masih meminta bunga (faedah) bayaran hutang tersebut.

    Bertindak daripada maklumat, polis berjaya menahan suspek lelaki berumur 27 tahun. Polis turut merampas sebatang besi, sehelai kain hitam dan sebiji mercun kelapa semasa tangkapan.

    “Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan khianat dengan mercun,” jelas Martin. Difahamkan pengadu terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM5,000 akibat kerosakan yang dialami. Tambahnya, suspek tersebut akan direman selama tiga hari sementara kes dalam siasatan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Orang Lain Berhutang, Orang Lain Kena Serang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top