My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 19 October 2016

    Perlukah Datuk Seri Jamal Digari?



    Perseteruan antara ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunus dan Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah sememangnya tidak pernah padam. Semuanya bermula apabila Maria Chin bertindak mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan BERSIH 5 pada 19 November depan dengan konvoi jelajah BERSIH akan bermula di Lumut pada 1 Oktober yang lalu.

    Sejak pengumuman berkenaan, Datuk Seri Jamal pantas memberi responnya dengan mengatakan, andai BERSIH diadakan, pihaknya juga akan mengadakan demo yang sama untuk menyekat kemaraan BERSIH 5 sekaligus bertindak sebagai benteng menjaga Perlembagaan Negara daripada dipermainkan sewenang-wenangnya oleh BERSIH 5.

    Akibatnya, kedua-dua pemimpin ini saling bertikam lidah dengan masing-masing menuduh, kedua-dua gerakan ini telah diresapi oleh pengaruh Daesh. Menariknya, kedua-dua pemimpin ini juga turut membuat laporan polis berhubung tuduhan yang dilemparkan antara satu sama lain.

    Pada masa yang sama, terdapat segelintir individu yang dilihat cuba menangguk di air yang keruh apabila mencipta satu fan pages Facebook yang menggunakan nama Datuk Seri Jamal. Antara status yang dianggap sensitif menerusi laman sosial Facebook berkenaan adalah status berbaur ugutan dimana kononnya Datuk Jamal mengugut Maria dengan menggunakan istilah parang terbang.

    Akibatnya, pada jam 8 pagi tadi, Datuk Jamal beserta seorang pengikutnya yang dikenali sebagai Azli Jaafar telah ditahan oleh pihak polis. Namun begitu, dari respon yang diberikan oleh netizen, ramai yang mempersoalkan, perlukah Datuk Seri Jamal dan Azli digari seupama penjenayah yang telah merekodkan bebera kes jenayah berat?

    Benar, ugutan tetap ugutan, namun menurut netizen, tiada keperluan untuk menggari Datuk Seri Jamal sedemikian rupa. Disamping itu, ramai juga yang mempersoalkan, kenapa Maria dan Ambiga tidak ditahan diatas penganjuran konvoi demo BERSIH serta rancangan jahat mereka untuk menjatuhkan kerajaan?

    Disini, ada logiknya dakwaan netizen. Kenapa tidak ditahan Maria dan Ambiga sedangkan mereka juga turut melakukan ugutan jenayah terhadap kerajaan menerusi ayat, "kami akan menganjurkan demo BERSIH 5 untuk menukar kerajaan sedia ada". Adakah ayat menukar ini terlalu lembut sehingga membolehkan mereka lepas bebas dan melanggar undang-undang sesuka hati mereka?

    Jika disoroti, mereka adalah penjenayah sebenar disebalik penganjuran-penganjuran demo sejak tahun 2011. Niat mereka hanya satu, iaitu untuk menumbangkan kerajaan menerusi demo jalanan dan ajaibnya, sehingga artikel ini diterbtkan, tiada satupun kes dapat disabitkan terhadap Maria dengan penganjuran siri demo yang dianjurkannya sejak 2007.

    Adakah hanya dengan status "parang terbang" yang diterbitkan menerusi akaun Facebook palsu berkenaan akan mengancam kedudukan dan keadaan kerajaan hari ini? Adakah demo yang dianjurkan Ambiga dan Maria langsung tidak mengancam negara sehingga mereka lepas bebas sehingga hari ini?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Perlukah Datuk Seri Jamal Digari? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top