My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 18 October 2016

    Rekod Baru Simpan Wang Rasuah Di Rumah





    Rasuah merupakan satu sikap terkeji yang cukup dikutuk samada disisi undang-undang mahupun agama. Menerusi rasuah, banyak perkara akan berlaku termasuk berkemungkinan mengancam keselamatan negara. Kebiasaannya, pengamal rasuah akan menerima hukuman yang berat terutamanya jika ia berlaku di China.

    Ramai yang beranggapan, kes yang berlaku di Sabah yang melibatkan seorang Pengarah Jabatan Bekalan Air Sabah yang menggelapkan lebih RM 100 juta dimana RM 53 juta ditemui dalam rumahnya itu, adalah terbesar yang pernah dicatatkan di seluruh dunia. Rupanya, ada lagi yang jauh lebih besar dan amaunnya mencecah RM 126 juta juga disimpan di dalam rumah.

    Kes ini melibatkan seorang bekas pegawai kanan Jabatan Tenaga China yang didapati menyimpan lebih 200 juta yuan (RM 126 juta) di kediamannya akhirnya menemui ajalnya di muncung penembak tepat. Dia menyimpan wang berkenaan di rumah setelah dia sendiri tidak tahu di mana lagi harus dia simpan wang rasuahnya sepanjang berkhidmat di Jabatan Tenaga berkenaan.

    Wei Pengyuan merupakan Timbalan Pengarah Jabatan Arang Batu di bawah agensi Pentadbiran Tenaga Kebangsaan sebelum ini disiasat pada tahun 2014 dan mahkamah di bandar Baoding telah menjatuhkan hukuman mati terhadap Pengyuan sebelum ianya ditangguh selama dua tahun. Lazimnya, mengikut perundangan China, hukuman seumpama itu bermakna, dia akan menjalani hukuman penjara seumur hidup tanpa peluang pengampunan.

    Dia mula disiasaat setelah beberapa pihak di Pentadbiran Tenaga Kebangsaan berasa curiga dengan cara dia meluluskan begitu banyak projek yang dianggap sebagai luar biasa. Menurut siasatan, dia telah menyalahgunakan kuasa yang ada padanya untuk meluluskan projek arang batu dan mengambil rasuah lebih RM 126 juta.

    Hasil siasatan juga mendapati, dia begitu banyak aset, jauh melebihi pendapatannya dan gagal menjelaskan sumber hartanya. Dalam siasatan yang sama, dia juga didapati telah menyalahgunkan kuasanya dalam banyak perkara termasuklah menerima rasuah pada skala yang cukup besar.

    Inilah yang diamalkan oleh negara China terhadap perlaku rasuah. Walaupun ianya nampak kejam dengan menembak pesalah di kepala dan jantung, namun ianya telah berjaya menyedarkan ramai pihak di China untuk tidak melakukan rasuah.

    Berlainan dengan Malaysia, perlaku rasuah masih dibenarkan bebas dengan wang jaminan RM 500 ribu sedangkan jumlah yang dilesapkan cukup besar. Mungkin undang-undang mengenai rasuah ini patut digubal supaya perlaku rasuah seperti Pengarah Jabatan Bekalan Air Sabah dan pihak-pihak yang bersubahat dengannya menerima nasib sama seperti apa yang menimpa Pengyuan.

    Tidak guna untuk menyimpan manusia penyangak ini lagi di Malaysia kerana manusia seperti inilah menjadi punca pelbagai masalah. Selayaknya, dia menerima hukuman mati atas penginayaannya terhadap ramai penduduk luar bandar Sabah yang terjejas tanpa bekalan air yang sepatutnya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Rekod Baru Simpan Wang Rasuah Di Rumah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top