My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 19 October 2016

    Sebabkan Ulat Bulu Pun Boleh Berperang!



    Kebiasaannya, spesis ulat bulu ini amat geli untuk didekati terutamanya bagi kaum wanita. Spesis ulat ini bukan sahaja akan menyebabkan kegatalan, malah dikatakan juga ada membawa penyakit kulit bagi mereka yang cukup sensitif kulitnya. Kebiasaannya, ulat ini langsung tidak diperdulikan oleh rakyat Malaysia.

    Namun lain pula halnya bagi penduduk di Republik Demokratik Congo. Hanya disebabkan ulat bulu, sekurang-kurangnya 20 orang menemui ajal dalam pertempuran selama tiga hari antara etnik Pygmy dan Bantu, hanya disebabkan oleh ulat bulu.

    Pergaduhan ini tercetus akibat pertelingkahan mengenai penuaian ulat bulu yang merupakan makanan utama penduduk di kawasan di negeri Tanganyika, utara negara berkenaan. Akibatnya, empat orang etnik Pygmy maut manakala 16 lagi terdiri daripada etnik Bantu. Semuanya ddisebabkan pertelingkahan mengenai cukai yang secara tradisinya dibayar oleh etnik Pygmy kepada Bantu.

    Semuanya disebabkan oleh hasutan beberapa orang penduduk etnik Pygmy yang mempersoalkan, kenapa perlu mereka membayar cukai berkenaan sedangkan etnik lain tidak perlu untuk membayar cukai ulat bulu berkenaan.

    Oleh yang demikian, mereka enggan lagi membayar cukai yang dikenakan secara haram itu lalu memanah dua orang etnik Bantu yang menyebabkan kedua-duanya menemui ajal ditempat kejadian. Dua lagi etnik Bantu menemui ajal apabila mereka melancarkan serangan balas yang turut menyebabkan 16 orang etnik Pygmy maut.

    Dalam perkembangan yang sama, kerajaan Conggo telah mengarahkan Gabenor Tanganyika, Ngoy Kitangala untuk meredakan keadaan, Menurut Kitangala, pihaknya telah mengarahkan pasukan keselamatan untuk meredakan keadaan yang dilaporkan masih tegang.

    Untuk rekod, pertempuran antara etnik di benua Afrika sememanganya sentiasa berlaku dan menariknya, pertempuran antara etnik Pygmy dan Bantu ini sebenarnya telah bermula sejak 2013 lagi dan lebih menarik lagi, kesemua pertempuran ini disebabkan oleh ulat bulu!
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sebabkan Ulat Bulu Pun Boleh Berperang! Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top