My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 24 October 2016

    Seorang Maut, Dua Cedera Dirempuh Penyeludup Rokok




    Penyeludup rokok keretek dipercayai bertanggungjawab terhadap kes maut seorang lelaki selepas bot yang dinaiki mangsa bersama anaknya dirempuh bot suspek semasa dikejar Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau. 

    Dalam insiden terbabit, seorang anggota PPM Tawau yang bertugas dalam Ops Paradise 3 turut tercampak ke laut semasa mengejar bot laju yang dinaiki suspek. Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata, insiden itu berlaku kira-kira jam 9.15 malam di perairan berhampiran Ice Box, di sini, iaitu dua batu nautika dari pantai.

    “Mangsa yang maut berumur 49 tahun, manakala anaknya yang terselamat pula kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun,” katanya menerusi kenyataan medianya, di sini, kelmarin.

    Fadil berkata, bot yang dinaiki suspek dilihat menuju ke pantai Ice Box dan datang dari arah Sg Nyamuk sebelum dikejar oleh sepasukan PPM Tawau yang bertugas. Bagaimanapun, beliau berkata semasa membantu menyelamatkan anggota PPM yang tercampak ke laut, pasukan terbabit turut terdengar suara kanak-kanak meminta tolong.

    “Kanak-kanak itu dikesan berpaut pada sebatang kayu dan mengatakan perahu yang dinaiki bersama bapanya dilanggar oleh sebuah bot laju,” katanya.

    Mengulas lanjut, beliau berkata hasil siasatan awal, bot suspek disyaki membawa rokok seludup dari Indonesia dan dikejar selama kira-kira 10 minit sebelum insiden itu berlaku. Menurutnya, kanak-kanak terbabit dan anggota PPM yang tercampak dari bot kemudiannya dibawa ke Pangkalan PPM Tawau sebelum ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

    “Semasa di hospital, seorang ahli keluarga kanak-kanak itu memberitahu bapa mangsa sudah ditemui dan meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke Bilik Forensik Hospital Tawau untuk bedah siasat. 

    “Pemeriksaan awal mendapati si mati mengalami kecederaan di bahagian kepala serta kecederaan patah kedua-dua belah kaki dan luka di bahagian perut sebelah kiri,” katanya.

    Hasil daripada pemeriksaan kecederaan dalaman juga mendapati mangsa mengalami pendarahan pada otak, lebam pada dada dan beberapa tulang rusuknya patah. Kes terbabit disiasat mengikut 304 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Seorang Maut, Dua Cedera Dirempuh Penyeludup Rokok Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top