My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 18 October 2016

    Situasi Masih Dalam Kawalan


    Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melihat industri penjualan kenderaan di negara ini masih dalam keadaan terkawal dan tidak memerlukan sebarang langkah khas untuk meningkatkan prestasi pasarannya ketika ini. 

    Industri penjualan kenderaan baru mengalami penyusutan pada separuh pertama tahun ini sebanyak 14.5 peratus kepada 275,459 unit daripada 322,254 unit dalam tempoh sama tahun lalu. Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sebelum ini pihaknya ada bertemu dengan satu syarikat pengeluar kenderaan dan diberitahu terdapat penyusutan jualan sebanyak 10 peratus.

    Beliau berkata, pihaknya juga tidak mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk memberi pengecualian cukai kepada pembeli pertama kenderaan dan menganggap perkara itu hanya khabar angin.

    “Kami berharap prestasi jualan kenderaan di negara ini akan berkembang pada hujung tahun ini dan bukan menjadi keperluan untuk mewujudkan langkah khas untuk perkara itu. Industri automotif penting untuk Malaysia dan menjadi salah satu sektor strategik kepada ekonomi, tetapi situasi ketika ini masih ‘terkawal’,” katanya selepas merasmikan Hari MITI di sini, semalam.

    Hari MITI yang kali pertama diadakan oleh kementerian itu bertujuan merapatkan lagi hubungan MITI dan agensi di bawahnya dengan orang awam bagi mengetengahkan kepentingan perkhidmatan kementerian berkenaan. Pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya pencarian kerja, MITI Day Job Fair yang dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida).

    Mustapa berkata, pihaknya dimaklumkan terdapat 60 syarikat dan agensi sebagai pempamer yang terdiri daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menawarkan kira-kira 5,000 kekosongan jawatan. 

    Sementara itu, ketika ditanya mengenai Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), katanya, Malaysia komited untuk memuktamadkannya secepat mungkin dan berharap dapat mencapai kemajuan pada akhir tahun ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Situasi Masih Dalam Kawalan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top