My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 14 October 2016

    Sultan Kelantan Dipilih YDP Agong Ke 15



    Hari ini, mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu yang bersidang telah sebulat suara untuk melantik Kebawah Duli Sultan Kelantan Darul Naim, Sultan Muhammad V sebagai Yang DiPertuan Agong ke 15. Baginda dipilih bagi menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang akan tamat tempoh pemerintahannya pada 12 Disember ini.

    Pada mesyuarat yang sama juga, para Duli-Duli Tuanku turut bersetuju untuk melantik Duli Yang Maha Mulia, Paduka Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Dr. Nazrin Mui'zzudin Shah sebagai Timbalan Yang DiPertuan Agong.

    Sultan Muhammad V sebenarnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Imejnya yang warak dan sentiasa dekat dengan rakyat Kelantan menjadikan Baginda amat disayangi dan disenangi oleh rakyat Kelantan. Sukar untuk mendengar Kebawah Duli Baginda meninggikan suara apatah lagi membahasakan dirinya dengan panggilan beta.

    Sebaliknya, Sultan Muhammad V lebih membiasakan dirinya sebagai "kita" jika bertemu dengan hamba rakyat. Diputerakan pada 6 Oktober 1969, baginda menerima pendidikan peringkat kolej di St Cross College, Oxford dan di Oxford Centre for Islamic Studies sehingga mmemperolehi ijazah dari kedua-dua institut berprestij ini.

    Baginda ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Oktober 1985 di mana Kebawah Duli Tuanku kekal menyandang jawatan berkenaan sehinggalah krisis Istana berlaku pada September 2010 yang menyaksikan dirinya diisytiharkan sebagai Sultan Kelantan yang baru, sebulan selepas krisis berkenaan.

    Dengan menyandang nama Tuanku Muhammad Faris Petra, kehidupan awal Baginda tidak seperti anak-anak raja yang lain dimana Baginda cukup gemar bergaul dengan rakan sebaya tanpa protokol. Hal ini diteruskan Baginda sehingga ke hari ini dimana baginda sentiasa cuba untuk mengurangkan segala protokol bagi membolehkan rakyat Kelantan mendekati Baginda.

    Ketika ramai pihak menyangka, Kebawah Duli belum pernah berkahwin, namun semakan mendapati, Kebawah Duli Tuanku pernah berkahwin dengan Tengku Zubaidah Tengku Norudin, waris keturanan keluarga DiRaja Pattani namun mereka telahpun bercerai. Pasangan DiRaja ini tidak dikurniakan anak.

    Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada Duli Yang Maha Mulia, Paduka Sultan Muhammad ke V atas perlantikan Duli Tuanku sebagai Yang DiPertuan Agong ke 15. Juga ucapan tahniah diucapkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Paduka Sultan Dr. Nazrin Mui'zuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah atas perlantikan Tuanku sebagai Timbalan Yang DiPertuan Agong.

    Daulat Tuanku!
    Daulat Tuanku!
    Daulat Tuanku!
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sultan Kelantan Dipilih YDP Agong Ke 15 Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top