My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 19 October 2016

    Tentera Iraq Hampiri Mosul




    Tentera Iraq dilaporkan mara lebih awal daripada jadual asal dalam misi merampas semula Mosul daripada kumpulan militan Daesh, melebihi jadual awal serangan. Bagaimanapun Pentagon berkata, pertempuran diramal mengambil masa yang panjang sebelum bandar yang merupakan ‘pusat pentadbiran’ militan Daesh itu dapat ditawan. 

    Permulaan serangan itu turut menimbulkan kebimbangan kepada beratus-ratus ribu orang awam yang terperangkap di bandar kedua terbesar di Iraq tersebut sekali gus mewujudkan krisis kemanusiaan besar-besaran.

    Kira-kira 30,000 tentera persekutuan Iraq kini berada di barisan hadapan dengan sokongan tentera udara dan darat dari 60 negara gabungan diketuai Amerika Syarikat (AS) untuk menyerang kubu kuat terakhir Daesh tersebut.

    Tentera Iraq telah bersedia dengan senjata api dan peluru selain kereta perisai menuju ke Mosul dari bandar Al-Shura, kira-kira 45 kilo­meter ke selatan bandar. Lewat kelmarin Pentagon berkata, operasi telah bermula dengan baik tetapi memberi amaran ia mungkin menjadi satu kempen sukar serta mengambil masa.

    Jeneral tertinggi tentera AS sebelum ini berkata, kemungkinan serangan itu akan berlangsung dalam tempoh beberapa minggu atau lebih lama. “Petunjuk awal menunjukkan tentera Iraq lebih awal daripada jadual untuk hari pertama,” kata Setiausaha Akhbar Pentagon, Peter Cook.

    Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi turut mengumumkan permulaan serangan melalui ucapan di te­levisyen awal pagi semalam. “Hari ini (semalam) saya mengisytiharkan permulaan operasi untuk membebaskan anda daripada keganasan dan pengganas Daesh,” katanya.

    Militan Daesh telah menguasai sebahagian besar Iraq dan negara jiran, Syria pada pertengahan 2014 serta mengisytiharkan sempadan negara khalifah dan melakukan kekejaman secara meluas. Kumpulan ini telah mengalami siri kekalahan di beberapa wilayah tahun ini di kedua-dua negara dan penawanan semula Mosul dijangka mampu menamatkan kehadiran mereka di Iraq.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tentera Iraq Hampiri Mosul Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top