My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 18 October 2016

    Tentera Iraq Lancar Operasi Bebaskan Mosul




    Tentera Iraq melancarkan operasi untuk menawan semula bandar Mosul yang menjadi kubu kuat dan pusat pentadbiran militan Daesh, kata Perdana Menteri Iraq, Haider Al-Abadi semalam. Amerika Syarikat (AS) pula menyifatkan kempen ketente­raan kali ini sebagai “detik penentuan” dalam perang untuk menghapuskan kumpulan militan tersebut. 

    Terdahulu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, pihaknya bimbang militan Daesh yang bilangannya jauh lebih kecil berbanding tentera Iraq akan menjadikan sebahagian daripada 1.5 juta penduduk Mosul sebagai perisai manusia dalam usaha mematahkan serangan besar-besaran itu. Bandar Mosul menjadi kubu kuat terakhir militan Daesh di Iraq.

    “Hari ini (semalam) saya mengisytiharkan bermulanya operasi untuk membebaskan anda semua daripada kekejaman dan keganasan Daesh,” kata Haider dalam ucapannya di te­levisyen.

    Mosul jatuh ke tangan Daesh dua tahun lalu ketika kumpulan militan itu melancarkan serangan kilat di Iraq dan Syria. Operasi menawan semula bandar itu akan menamatkan kuasa Daesh di Iraq Kempen ketenteraan tersebut disertai oleh gabungan anti-Daesh yang terdiri daripada pakatan diketuai AS, ribuan militia Kurdis dan 30,000 anggota tentera kerajaan Iraq.

    Setakat semalam, tentera anti-Daesh itu berada dalam jarak sekitar 40 kilometer dari Mosul. Dalam pada itu, Timbalan Setiausaha Agung Hal Ehwal Kemanusiaan dan Bantuan Kecemasan PBB, Stephen O’Brien berkata, orang awam di bandar itu kini berada dalam keadaan yang sangat berbahaya.

    "Saya amat bimbang dengan keselamatan 1.5 juta penduduk Mosul. Beribu-ribu kanak-kanak, wanita dan lelaki Iraq berisiko dijadikan perisai manusia oleh Daesh. Ribuan lagi mungkin diusir keluar atau terperangkap dalam pertempuran,” kata O’Brien.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tentera Iraq Lancar Operasi Bebaskan Mosul Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top