My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 21 October 2016

    Trump Enggan Iktiraf Keputusan


    Donald Trump dalam debat terakhir kempen pilihan raya presiden semalam ‘menyerang’ amalan politik Amerika Syarikat (AS) apabila enggan berjanji menghormati keputusannya jika Hillary Clinton menang pada November ini. 

    Malah, Trump turut mendakwa penyokong Hillary dari Parti Demokratik merancang penipuan untuk memastikan lawannya itu memenangi pilihan raya berkenaan. Apabila ditanya sama ada dia akan menerima apa saja keputusan pilihan raya 8 November ini, Trump berkata: “Saya cuma akan memberitahu anda ketika itu. Buat masa ini biarkannya satu saspens, ok?”

    Sehubungan itu, Hillary menyuarakan rasa terkejut dengan kata-kata Trump yang dianggap ‘serangan terhadap sejarah 240 tahun demokrasi AS.’ Memetik bekas lawannya, Bernie Sanders, Hillary berkata: “Trump adalah orang paling merbahaya yang bertanding untuk jawatan presiden dalam sejarah moden AS.”

    Trump, 70, yang diselubungi dakwaan salah laku seks semakin kehilangan penyokong dan mengharapkan debat semalam sebagai peluang terakhirnya untuk menarik semula sokongan terhadapnya. “Media terlalu kotor dan tidak jujur, serta begitu seronok melemparkan tuduhan terhadap saya,” katanya.

    Dia turut mendakwa jutaan pengundi palsu didaftarkan dan Hillary, 68, tidak sepatutnya dibenarkan bertanding kerana salah lakunya membabitkan e-mel Jabatan Negara. Bagaimanapun, kenyataan Trump turut menimbulkan kemarahan ahli Parlimen Republikan, termasuk Senator Jeff Flake menyifatkannya sebagai keterlaluan manakala bekas calon presiden, Senator Lindsey Graham berkata, jika Trump kalah ia disebabkan kegagalannya sendiri sebagai calon.

    Anggota Demokrat menggesa pemimpin Republikan menolak pendirian Trump yang dianggap tidak menghormati sistem demokrasi negara itu. Sementara itu, Hillary yang ditemui pemberita berkata: “Istimewanya di Amerika, kita sentiasa menerima keputusan semua pilihan raya kita selama ini.

    “Jadi apa yang dikatakan Trump sekadar menunjukkan dia sekali lagi mahu menyalahkan orang lain atas kegagalan kempennya dan dirinya sebagai calon.” Sebelum itu, ketika sesi debat berlangsung, Trump mencelah hujah Hillary dengan menyelarnya sebagai ‘wanita jahat.’ Dua calon itu naik dan turun pentas tanpa berjabat tangan. Hillary mendahului lebih enam mata dalam survei dijalankan RealClearPolitics.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Trump Enggan Iktiraf Keputusan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top